"Nyanyi tepi jalan pun banyak orang datang. Tak perlu konsert pun. Dia adalah legenda dan memiliki aura tersendiri."
Itulah antara komen-komen netizen yang kagum dengan penyanyi Stacy Anam, 34, apabila dia selamba 'busking' di Bukit Bintang.
Video Stacy yang dilihat mempesonakan orang ramai di lokasi terbabit, mendendangkan lagu popularnya, 'Jahat' dengan diiringi Mawar Berduri Buskers itu dikongsikan di Facebook dimana ia telah mendapat sorotan ramai sehingga mencecah lebih satu juta tontonan.
Melihat pada video tersebut, Stacy tetap mempamerkan nyanyian bertenaga walaupun berbekalkan sistem bunyi biasa. Malah, nyanyian Stacy secara langsung ini seperti suara dalam rakaman lagu itu.
"Ini barulah penyanyi, suara 'telan' CD (cakera padat). Di luar atau dalam CD suara sama saja. Penyanyi sekarang dalam CD sedap bila 'live' hanyut, tak sampai," puji seorang netizen.
Dalam pada itu, ramai turut percaya bahawa bekas juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu selayaknya sudah perlu adakan konsert solo sendiri kerana memiliki deretan lagu popular.
"Stacy sudah boleh buat konsert solo dah. Pasti tiket terjual habis sebab Stacy ada lagu sendiri," komen netizen.
Nyanyian Stacy ini turut menarik perhatian ramai untuk menonton dan merakam video aksinya itu, selain turut bersorak dan terpukau dengan nyanyian isteri kepada penyanyi Akim Ahmad itu.
Terdahulu, penyanyi kelahiran Penampang, Sabah ini meraih perbualan hangat selepas memutuskan untuk menarik diri daripada konsert 'A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku'.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment