Baru-baru ini, nama pelakon Aprena Manrose hangat diperkatakan selepas dia dilihat tampil tidak memakai tudung ketika bermain badminton apabila hanya mengenakan bandana putih sehingga menampakan rambut perangnya yang diikat tinggi.
Jika sebelum ini, sepupu Aprena yang juga pelakon, Nelydia Senrose menjadi bualan ramai dek dirinya tampil tidak bertudung, terkini Aprena pula tampil sedemikian selepas penampilannya itu dikongsikan semula kakak kepada Nelydia iaitu pelakon Uqasha Senrose menerusi video di Insta Story.
Sementara itu, menerusi Insta Story Aprena yang juga anak kepada bekas penyanyi dangdut, Iwan Syahman, dia turut berkongsi gambar, namun menutup kepalanya dengan sehelai tuala kecil.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, adik pelakon Oktovia Manrose itu pernah dikecam netizen apabila mengenakan hoodie dan topi sehingga menampakkan leher seolah-olah petanda dirinya bakal 'melepaskan' tudung.
Bukan itu sahaja, malah Aprena juga mengakui hatinya pernah berbolak-balik untuk kembali tidak bertudung selepas mengambil keputusan menutup aurat tiga tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment