24 October 2024

KONSERT SUMANDAK STARS : AYU DAMIT NAFI GANTI STACY - AZHARINA SETUJU JAYAKAN DEMI SOKONGAN BUAT RAKAN ARTIS



"Mereka tawarkan sebelum Stacy tarik diri cuma sedang menunggu persetujuan saya. Bukan selepas itu. Memang dah berbincang tapi sebab hujung November saya dah mula sibuk dengan peperiksaan. Jadi, itu yang saya ambil masa."
Itulah t£gas penyanyi Ayu Damit yang menjelaskan bahawa penyertaannya dalam 'Konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku' bukanlah sebagai pengganti penyanyi Stacy Anam yang sebelum itu menarik diri.

Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, berkata, dia yang menyimpan impian untuk berkongsi pentas dengan artis-artis Sabah yang lain itu menganggap ia satu peluang berharga untuknya.

"Saya punya segmen hanya dua lagu. Jadi, itu terpulang kepada saya untuk corak persembahan. Sebenarnya, kalau ikutkan, memang salah satu rancangan dan impian saya. Dengan Azharina saya dah selalu berkongsi pentas.

"Ada di antara beberapa artis lain, itu satu peluang untuk saya berkongsi pentas. Kali ini, satu pentas dalam satu malam dan beramai-ramai," ujarnya.

Selain Ayu, konsert yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 November itu turut menampilkan penyanyi Azharina Azhar, Marsha Milan, Nikki Palikat, Adira Suhaimi, Bella Astillah, Didie Astillah dan Wani Kayrie.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Azharina yang turut dipilih menjayakan Konsert Sumandak Stars sekali gus melengkapkan barisan penyanyi sedia ada selepas penarikan diri Stacy minggu lalu, berkata, dia menerima semula tawaran daripada penganjur Orange International Entertainment bagi memberi sokongan kepada rakan artis lain.

"Saya berkata 'yes' dan terima semula tawaran ini kerana pada prinsipnya kalau bukan kami (Sabahan) yang menyokong siapa lagi? Saya anggap kami semua yang terbabit pada konsert ini bukan setakat rakan artis tapi juga mempunyai tujuan yang sama iaitu menghiburkan peminat.

"Terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur atas kepercayaan diberikan dan insya-Allah, saya cuba berikan yang terbaik," tutur Azharina yang juga bintang kelahiran Sabah itu.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kontroversi yang tercetus membabitkan rekaan poster konsert, kata juara Bintang RTM 2001 dan Gegar Vaganza 3 ini, apa saja perkara berbangkit boleh diselesaikan secara profesional oleh kedua belah pihak.

"Sekarang ini sudah ada lapan penyanyi pada konsert ini. Kalau ikutkan saya yang paling 'senior' dan boleh saja saya 'demand' dari segi bayaran. Namun, saya percaya, penganjur ada objektif dalam menjayakan persembahan ini," kata Azharina.

Ujar Azharina, itu kali pertama ditawarkan dan selepas beberapa kali berbincang, dia terpaksa menolak disebabkan soal bayaran sebelum ini, bagaimanapun dia menganggap perbincangan itu sangat profesional dan memahami kedudukan penganjur.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: