"Disebabkan berlakunya kes penipuan penganjuran konsert di Sepang itu menyebabkan syarikat kami mengalami kerugian kira-kira RM1.2 juta.
"Dalam perjanjian, dia (defendan) perlu bayar kepada saya sebanyak RM1 juta. Tetapi, yang diterima syarikat hanya setengah juta (RM500,000). Kalau tak mampu (bayar), kami boleh beri kelonggaran.'
Itulah jelas penyanyi yang juga penganjur konsert kelahiran Singapura iaitu Sufie Rashid, 33, dimana dia menuntut seorang bekas rakan perniagaannya membayar ganti rugi berjumlah RM165,000 sebagaimana diperintahkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.
Kata Sufie atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid, pembayaran ganti rugi dituntut itu berkaitan kes pen1puan membabitkan penganjuran sebuah festival muzik di Sepang, Selangor, dua tahun lalu.
Jelasnya lagi, memandangkan acara konsert itu diadakan di Malaysia, maka ia perlu membabitkan warganegara dan isterinya, Nurulain Md Yusof adalah individu bersamanya untuk syarikat yang ditubuhkan.
"Kes penipuan yang berlaku ini secara tidak langsung memberi impak em0si kepada isteri saya sehingga menc£tuskan rasa takut. Begitu juga, ada antara klien kami yang sampai mencari isteri.
"Malah, isteri saya juga terlalu risau kerana namanya hampir tersekat tidak dibenarkan ke luar negara serta tekanan sehingga takut nak keluar dari rumah," kata Sufie dimana dia dan isterinya bersyukur hasil melantik peguam yang bagus, keputusan mahkamah pagi semalam berpihak kepada mereka apabila menang saman walaupun bayaran diarahkan itu tidak balik modal.
Klik untuk gambar besar
"Disebabkan k£s pen1puan itu juga beberapa perancangan dan penganjuran konsert anjuran syarikat kami, SAH Entertainment tertangguh. Isu ini memang ganggu banyak perkara, tapi sekarang saya rasa lega semuanya sudah berakhir," ujarnya.
Dalam pada itu, Sufie berkata, insiden yang berlaku berkenaan membuatkan dia kini lebih berhati-hati untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak untuk menganjurkan sebarang acara.
"Kes ini buat saya susah nak percaya pada orang dengan mudah. Selepas ini memang akan ada hitam putih untuk sebarang persetujuan walaupun individu itu adalah kawan sendiri," katanya.
Terdahulu, Sufie didapati memuat naik beberapa hantaran tangkap layar di akaun Instagram (IG) miliknya menunjukkan surat perintah mahkamah yang mengarahkan pihak defendan terbabit membayar ganti rugi am berjumlah RM165,000 terhadapnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment