31 October 2024

DAH LAMA TAK BERLAKON FILEM - YUSOF HASLAM JADI 'BOM0H' KALI INI : "SAYA TERIMA TAWARAN INI... SAYA TAK BOLEH PENTINGKAN DIRI"



Sering berlakon watak biasa termasuk polis, kali ini pengarah dan penerbit terkenal iaitu Datuk Yusof Haslam tampil dengan watak lain daripada kebiasaan apabila menjadi dukun bernama Pak Samad menerusi filem baru berjudul 'Don Dukun'.
Menurut Yusof, pada mulanya dia keberatan menerima tawaran terbabit, bahkan isterinya, Datin Patimah juga bersuara.

"Ini filem pertama saya jadi bom0h. Saya tak pernah bawa watak begini. Sebelum ini saya buat watak jah@t, playb0y dan pegawai polis. Apa sekalipun sebagai pembikin filem saya berkawan dengan semua kawan-kawan industri dan saya terima tawaran ini,"

"Katanya, apahal 'you' nak jadi bomoh ni. Buat r0sak filem. Tapi saya cuba yang terbaik. Saya pun dah lama tak berlakon filem sebenarnya. Kalau drama selalulah.

"Watak ini pula watak yang k0ntras dengan diri saya. Terima kasih kepada penerbit dan semua yang terbabit. Secara peribadi sebagai pembuat filem saya melihat filem ini sangat menarik.

"Saya puji pengarahnya. Saya doakan filem ini dapat kejayaan yang cemerlang. Kita orang filem, jadi mesti ada semangat kerjasama bantu membantu. Saya tak boleh pentingkan diri," katanya.

Menerusi filem ini, Yusof terpaksa bercakap dalam loghat utara dan baginya ia bukan asing kerana keluarga isterinya itu berasal dari Pulau Pinang.

"Cerita ini punya kelainan sendiri. Mudah-mudahan filem ini mendapat sambutan daripada penonton. Kalau boleh saya nak semua filem tempatan dan luar dapat sambutan kerana saya dapati pawagam sekarang lesu.

"Setiap bulan saya ke pawagam dan dapati ada yang kosong. Pawagam mengalami kerug1an sekarang. Sudah tentu ia sesuatu yang membanggakan jika tengok filem tempatan kembali menguasai pawagam," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: