01 November 2024
BAKAL NIKAH MOHD KHAIRUL RIZAL - INA NAIM PERLU TEMAN UNTUK BIMBING ANAK-ANAK, TAK BOLEH MENJANDA LAMA-LAMA
"Alhamdulillah, anak-anak sekarang sebenarnya mereka sudah mula belajar dengan bakal bapa terutamanya Feroz dan Laila kerana banyak masa. Mereka juga selalu berhubung melalui telefon untuk belajar.
"Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang (suami) untuk teruskan pembelajaran setelah ayah mereka meninggal dunia."
"Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang (suami) untuk teruskan pembelajaran setelah ayah mereka meninggal dunia."
Itulah jelas balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, penyanyi Ina Naim atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, 40, yang berkata, kehadiran bakal suami iaitu Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, diharap dapat membantunya meneruskan usaha mendidik dan membimbing anak-anak yang sedang membesar.
Klik untuk gambar besar
Menerusi rakaman siaran langsung yang dimuat naik semula di TikT0k, Ina dilihat terbuka bercerita mengenai majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada 8 November ini, dimana majlis berkenaan dilakukan secara sederhana, selain memohon maaf kerana hanya menjemput keluarga dan rakan terdekat.
"Saya jemput kawan-kawan terdekat. Minta maaf tak dapat jemput semua kerana saya tidak buat majlis besar pun. Minta maaf banyak-banyak kepada netizen dan kawan- kawan di TikT0k, kalau boleh memang saya nak jemput semua. Saya buat sekadar majlis nikah sahaja dan menjamu makan untuk beberapa saudaradan rakan-rakan terdekat sahaja.
Saya bukan anak dara atau orang muda lagi. Saya sudah tua dan ada anak-anak. Takkan kita nak duduk atas pelamin untuk bersanding. Jadi saya buat perkara yang wajib sahaja iaitu bernikah dan jamu makan," ujarnya.
Untuk makluman, Ina dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony, hasil perkahwinan dengan Allahyarham Suhaimi Saad.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment