"Dalam keadaan cemas itu, memang saya tak fikir duit itu langsung, kami teringat duit itu lepas kami nak bayar banyak benda dan terus menggelabah lepas dapat tahu duit itu sudah tiada.
"Selepas kemalangan kereta, saya masih berada di Balai Polis Kuala Lipis tetapi adik dan kawan-kawan pergi periksa semula kereta itu dan ia memang kosong. Bila bertanya kepada pihak polis masa kejadian itu pun mereka kata hanya ambil barang-barang kami tanpa periksa pun isinya."
Demikian ujar pelakon Azlan Komeng yang mendedahkan dirinya kehilangan wang tunai bernilai hampir RM10,000 yang diletakkan dalam bag berwarna hitam, ketika terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lipis, Pahang pada Jumaat lalu.
Sementara itu, isteri Azlan iaitu Nur Nilam Ortiz pula memberitahu, mereka mula menyedari kehilangan wang tunai tersebut ketika mahu membayar kos perubatan suaminya, apabila beg hitam berkenaan tidak ditemui dalam kenderaan.
Jelas Nilam lagi, pihak polis juga tidak dapat mengesannya dan dalam pada itu, dia beranggapan kemungkinan, ketika kemalangan berlaku, beg berisi wang terbabit tercampak keluar daripada kereta.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, mengenai pemb£dahan suaminya, Nilam memaklumkan, wang itu juga mahu digunakan untuk menampung perbelajaan kos pembedahan suaminya yang mencecah hampir RM40,000.
"Sebab duit itu satu-satunya wang yang kami ada sekarang. Duit simpanan kami pun tak mencukupi untuk membayar kos pembedahan suami yang mencecah sebanyak RM40,000.
"Saya juga terpaksa menjual barang kemas untuk menampung kos pembedahan suami," jelas Nilam yang sebelum ini dia dan suaminya terbabit dalam kemal@ngan di Kuala Lipis, Pahang apabila keretanya bertembung dengan sebuah trak polis, pada Jumaat lalu.
Susulan kejadian itu, Azlan terpaksa menjalani pembedahan tangan kanan dan mengalami kecederaan lain seperti patah pada bahagian kedua-dua belah kaki serta pinggul, manakala, Nilam pula hanya mengalami cedera ringan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment