Semua sedia maklum mengenai penampilan Nora Danish yang kini menutup aurat dengan sempurna apabila berhijab dan sejak dari perhijrahannya itu, ramai netizen memuji pelakon itu.
Baru-baru ini, menerusi satu p0dcast, Nora telah berkongsikan penghijrahannya dimana pada awalnya dia menyasarkan untuk berhijab pada usia 40 tahun.
Namun begitu, kata Nora, apabila tiba pada usia tersebut, dia masih lagi belum mengenakan hijab dan ia membuatkannya tertanya-tanya.
"Dari dulu, masa 20-an saya ada sasaran. Umur dah 40 tahun ni, saya mesti dah bertudung, memang dah buat sasaran tu la. Bila sampai 40 tahun, rasa macam kenapa masih belum berubah lagi. Apa yang sal@hnya?" katanya.
Klik untuk gambar besar
"Jadi daripada situ saya dah mula cemburu dengan orang yang bertudung, cemburu dengan orang yang ada kesempurnaan hidup dari segi agama," tuturnya.
Dalam pada itu, Nora turut berkongsi dimana sebelum berpisah dengan bekas suaminya, selama empat tahun dia berdoa dia mahu mencintai dan dicintai Allah serta mahu dekat dengan Allah.
"Sebelum penceraian tu, saya memang dah mula berdoa kepada Allah. Saya tak berdoa untuk minta rezeki tapi saya hanya berdoa kepada Allah, saya nak mencintai Allah, nak Allah cintai saya dan nak saya semakin dekat dengan Allah.
"Saya tak nak minta lain dah, saya nak fokus kepada Allah. Setiap hari saya doa benda yang sama tanpa henti selama empat tahun.
"Bila jadinya perceraian tu, memang saya fokus pada Allah. Memang Allah permudahkan penceraian tu. Penceraian kami berlangsung dalam masa yang singkat," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment