27 October 2024

DISANGKA MASIH BAHAGIA, RUPANYA QUE HAIDAR DAN LINDA JASMINE, DAH CERAI BERBULAN.



"Allahuakbar, Alhamdulillah itu (perceraian) yang Allah aturkan. Saya minta semua doakan yang terbaik untuk saya dan Linda. Tapi kami masih baik, tiada siapa yang mahu bercerai.
"Mungkin jalan ini yang terbaik, kami masih berkawan demi anak-anak. Penceraian kami berlaku pada 2 Julai lalu," ujar pelakon dan pengarah Que Haidar, 45, mengakui yang dis sudahpun bercerai dengan Linda Jasmine, 52, selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.

"Hal rumah tangga adalah hal peribadi. Perkara seperti ini (penceraian) bukanlah untuk dibanggakan. Lebih baik simpan sendiri, doakan yang terbaik.

Klik untuk gambar besar
"Kami masih saling memberikan sokongan, apa yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak. Tidak ada benda yang perlu diuar-uarkan atau dikongsi.

"Hubungan kami masih sangat baik dan Alhamdulillah anak-anak juga terima semua ini dengan matang. Tiada perbalahan antara kami," tambahnya yang bersyukur kerana anak-anaknya iaitu Ratu, 15, dan Cleopatra, 12, sudah matang untuk menerima penceraian ini.
Untuk info, Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009.

Linda mempunyai seorang anak lelaki iaitu Qalif Khan yang kini berusia 24 tahun hasil perkahwinan terdahulunya sebelum berkahwin dengan Que Haidar.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: