26 October 2024

"SAYA FIKIR, SAYA BAZIRKAN TUJUH TAHUN INI UNTUK HIDUP ORANG LAIN, BERBALOIKAH?" - ALIF HADI DEDAH DIRINYA SEORANG DUDA



Nampaknya pelakon Alif Hadi, 36, pernah berkahwin selama tujuh tahun dengan wanita dari keluarga berp£ngaruh pada usianya masih 20-an, sebelum bercerai.
Ternyata, Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Abdul Hadi, berstatus duda selepas dia mendedahkan perkara itu menerusi sesi temubual di 'p0dcast' Confession Bilik Gelap yang dimuat naik di YouTube baru-baru ini.

Ujar Alif, dia bagaimanapun tidak pernah bercerita mengenainya sebelum ini kerana ia terlalu peribadi selain ingin menjaga nama baik keluarga bekas isterinya.

Klik untuk gambar besar
"Bekas isteri saya daripada keluarga dikenali dalam dunia p0litik. Kadang-kadang perkara (kisah rumah tangga) ini pun boleh dijadikan bah@n dalam p0litik.

"Ramai orang tak tahu sebab saya tidak mahu timbul mas@lah 'ain' atau orang bercerita mengenainya. Jadi biarlah saya simpan kisah peribadi itu sendiri.

"Ramai juga bertanya soal rumah tangga saya yang dulu tapi saya tidak terlalu berkongsi," kata Alif yang dalam masa sama tidak menafikan mendirikan rumah tangga pada usia terlalu muda itu satu cab@ran terbesar yang menduga perkahwinan tersebut.
Kongsi Alif lagi, dalam tempoh tujuh tahun, dia usaha bertahan demi menjaga hati bekas isteri dan keluarganya, selain menjadikan pengalaman itu sebagai pedoman terpenting untuk kembali mendirikan rumah tangga pada masa hadapan.

"Waktu itu saya baru habis belajar terus kahwin. Setahun kami bercinta, dua tahun bertunang dan tujuh tahun melayari alam perkahwinan. Selok-belok alam perkahwinan pun saya masih belum tahu.

"Tujuh tahun bertahan, itu pun keputusan sukar sebab saya jenis fikirkan orang lain berbanding diri sendiri. Saya fikir air muka ibu bapa, mentua dan isteri tapi lama-lama saya yang hilang diri sendiri.
"Saya fikir, saya bazirkan tujuh tahun ini untuk hidup orang lain. Berbaloikah? Sampai satu tahap saya tidak boleh mempertahankan hubungan itu. Kalau kita hilang orang tak mengapa, jangan kita hilang diri sendiri.

"Perkahwinan pertama mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Biarlah elok di mata saya. Kedua, saya akan lihat tingkah laku, baik dan buruknya. Kalau lebih kepada keburukan, saya perlu berfikir semula.

"Jangan disebabkan cinta dan sayang kita abaikan segala 'r£d flag' yang ada," ujar Alif yang sebelum ini mengesahkan hubungan cintanya dengan pelakon Yasmin Hani terlerai sekitar tiga bulan lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: