"Saya memilih tidak mengheb0hkan majlis ini bagi menghormati perasaan emak dan abah. Majlis kami hanya dibuat kecil-kecilan. Jadi, makanan sangat terhad. Bukan ked£kut tetapi ini adalah perkahwinan kedua saya.
"Jadi, saya tidak merancang buat secara besar-besaran dan sekiranya makanan tidak cukup, bimb@ng boleh timbulkan fitn@h pula. Nanti kasihan pula emak dan abah jadi bualan orang."
Itulah jelas balu penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim, 40, dimana dia mengesahkan bakal bernikah dengan duda anak dua berusia 41 tahun pada 8 November ini.
Berhubung perkahwinan kali kedua itu, Ina berkata, dia tidak berniat merahsiakan berita tersebut, selain memberitahu, majlis dianjurkan secara kecil-kecilan membabitkan keluarga terdekat.
Sebelum ini, nama Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Md Naim, menjadi bualan selepas dia didakwa bakal bernikah dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Mohd K, pada 8 November depan.
Kisah perkahwinan kali kedua Ina ini hangat diperkatakan ramai dalam media sosial sejak beberapa minggu lalu, namun, dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.
Berkongsi mengenai bakal suaminya, Ina menjelaskan, jejaka itu adalah peminat Allahyarham suaminya dan mendakwa mula mengenali lelaki itu selepas Aidilfitri lalu.
"Bakal suami berusia 41 tahun dan betul dia duda anak dua. Dia sudah lama mengidolakan keluarga kami dan cara arwah Suhaimi mengajar anak-anak.
"Dia memulakan langkah dengan menghantar mesej melalui WhatsApp kepada saya. Pada mulanya, saya tidak layan, tetapi selepas dia tidak berputus asa mencuba, akhirnya saya sambut salam perkenalan.
"Bakal suami adalah bekas tenaga pengajar di Giat Mara. Niatnya berkahwin dengan saya kerana mahu mengumpul pahala menjaga anak yatim dan membela nasib ibu tunggal," tuturnya.
Dalam pada itu, ditanya pula mengenai penerimaan anak-anaknya, Ina memaklumkan, anak-anak faham dan terima kehadiran bakal bapa tiri dengan terbuka.
"Alhamdulillah, mereka terima. Saya jelaskan kepada anak-anak kenapa saya perlu berkahwin semula. Saya nampak bakal suami pun ikhlas menyayangi anak-anak saya.
"Dia juga mahu menjadi seperti arwah suami, hendak mengajar anak-anak kerana bakal suami memiliki latar belakang dalam bidang kejuruteraan," kata Ina turut berkata, selain anak-anak, dia meminta pandangan ibu bapa serta adik-beradik Allahyarham suaminya mengenai keputusan untuk berkahwin.
"Mereka tak menghalang. Adik-beradik arwah beri galakan kerana mereka tahu bukan mudah untuk saya membesarkan anak seorang diri. Sekurang-kurangnya adalah seseorang yang dapat bantu saya membimbing anak-anak," ujarnya.
Untuk makluman, Ina berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007. Namun, Allahyarham Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akib@t jangk1tan kum@n pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, Ina dan arwah suami dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment