"Ramai juga cakap, tak kasihankah kepada Fatima? (Perceraian ini). Sejujurnya, saya kesian. Tapi, di sini saya pun sedih. Fatima, sepanjang empat tahun pun tak pernah rasa duit ayah dia, duit raya ayah dia. Saya sendiri pun sepanjang berkahwin dengan Fattah tak pernah rasa sekali duit raya dari dia.
"Memang seboleh-bolehnya saya tak mahu pisahkan Fatima dengan ayahnya. Tapi, bagaimana nak hidup bersama kalau Fatima saksikan ibu bapa dia tak bahagia. Saya kena besarkan Fatima dengan ment@l yang baik, bahagia dan sebagainya.
"Anda semua perlu tahu, penajaan dia beratus-ratus ribu dan pendapatan dia rasanya mencecah setengah juta. Tapi, takkanlah tak boleh bagi kepada saya dan Fatima."
Itulah kata pelakon Nur Fazura, dimana dia mendedahkan sepanjang empat tahun, anaknya membesar, Nur Fatima Aisya, 4, tidak pernah menerima duit raya daripada bekas suaminya, pelakon Fattah Amin.
Klik untuk gambar besar
"Saya nak tanya Fattah, kalau suatu hari nanti, pasangan Fatima buat kepada Fatima seperti mana dia buat kepada saya, adakah dia bersetuju untuk teruskan dan okay dengan apa yang dia buat kepada saya?" ujar pelakon filem 'Gol dan Gincu' itu yang turut menjelaskan, dia hilang rasa bahagia dan em0si serta ment@lnya terg@nggu sedah sekian lama.
"Sebab ramai pula bertanya dan buat sp£kulasi, punca perceraian pertama adalah Fattah sudah abaikan nafkah untuk saya dan Fatima selepas sekian lama.
"Kedua, kami sudah tidak sefahaman lagi. Saya dah lama tak bahagia, em0si saya terg@nggu, ment@l saya tert£kan. Tapi, saya tetap bertahan dan telan apa saja walaupun pelbagai tohm@han, fitn@h dan c@cian dilemp@rkan kepada saya. Saya harapkan seorang suami akan ke depan untuk mempertahankan saya, tapi langsung tak ada.
"Ketiga, yang saya rasa memang saya tak boleh terima lagi adalah memang Fattah berlaku cur@ng terhadap saya. Ya, saya ada bukti. Saya rasa tak perlu dedahkan (sejak berapa tahun)," tuturnya.
Malah, Fazura juga mengatakan bahawa dia telah berkorban segala-galanya untuk rumah tangga mereka, bagaimanapun ia seperti tiada makna dan apa lebih mengecewakan dirinya lagi, Fattah ada bawa wanita lain menaiki kenderaan yang diberi olehnya.
"Saya dah berkorban banyak untuk keluarga. Fattah sendiri pun ada keluarkan kenyataan mengenai pengorbanan saya. Sejujurnya, hari ini saya memang nak beritahu semua orang saya dah berkorban semua untuk Fattah.
"Saya sediakan tempat tinggal, makan minum, semua untuk dia dan Fatima. Saya juga menghadiahkan kereta Range Rover untuk dia dan keselesaan dia. Jadi, untuk orang kata saya nak bercerai sebab tak sekufu, itu tak betul.
"Kalau saya rasa Fattah tak sekufu, saya tak bersetuju kahwin dengan dia. Jadi, dari awal semasa kami bercinta, saya terima dia dan keluarga dia seadanya sampai ke hari ini," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment