07 October 2024

SHILA AMZAH KINI MILIKI MIKROFON SENDIRI - HARGANYA BOLEH BELI KERETA



"Ini adalah mikrofon pertama saya (selepas berpuluh tahun menyanyi)," kata penyanyi Shila Amzah ketika suaminya, Ubai MZ membuka kotak mikrofon.
Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, akhirnya memiliki mikrofon sendiri selepas hampir 24 tahun mengukuhkan nama di arena seni suara.

Kata Shila, alat pelantang rona ungu cair yang diukir huruf SA (singkatan kepada Shila Amzah) adalah mikrofon pertamanya.

Penyanyi itu bagaimanapun enggan mendedahkan nilai sebenar mikrofon terbabit ketika ditanya suami, sebaliknya hanya menyebut anggaran kasar seperti harga kereta baharu Malaysia atau kenderaan terpakai Jepun iaitu sekurang-kurangnya sekitar RM40,000.

Klik untuk gambar besar
"Macam nilah, mungkin boleh dapat kereta Malaysia atau lebih kurang dengan harga kenderaan terpakai buatan Jepun," katanya.

Difahamkan, video berkenaan dirakamkan di bilik hotel Shila ketika dia bersama Ubai tiba di China sebelum pertandingan Singing With Legends musim keenam, baru-baru ini.

Untuk makluman, Shila mara ke final selepas bergelar juara mingguan apabila menyampaikan lagu 'Bring Me To Life' bersama Wang He Ye dan lagu Mandarin Ning Meng Cao De Wei Dao dengan artis terkenal China, Julia Peng Jia Hui.
Menerusi kedua-dua persembahan terbabit, penyanyi lagu 'Patah Seribu' itu dilihat turut menggunakan mikrofon baharunya.

Terdahulu, Shila merupakan artis Melayu pertama yang berjaya menempa nama di China menerusi pengurusan bakat globalnya yang berpangkalan di Australia, Greyscale Pty Ltd.

Penyanyi itu mempunyai jutaan pengikut di Weibo iaitu media sosial terkenal di negara terbabit selepas menjuarai pertandingan nyanyian realiti Asian Wave di Shanghai pada 2012.

Shila kemudian menyertai program paling popular di China iaitu I Am A Singer (musim Kedua) pada 2014 yang mencatat 500 juta penonton seminggu dan muncul sebagai pilihan nombor dua juri profesional dan pilihan nombor tiga penonton.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: