07 October 2024

MUAT NAIK KATA-KATA PETIKAN - FAZURA JELAS IA TIDAK BAWA SEBARANG MAKSUD



"Petikan itu? Tiada apa-apa maksud, ia biasa sahaja," demikian jelas pelakon dan usahawan, Nur Fazura, 41, ketika diminta mengulas petikan kata-kata yang dimuat naiknya di Instagram pada pagi tadi.
Kata Fazura, petikan tersebut tidak membawa sebarang maksud tertentu merujuk kepada k£s perceraiannya dengan pelakon Fattah Amin, hari ini, sebaliknya petikan itu sengaja dimuatnaik tanpa sebarang tujuan sp£sifik.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai spekulasi negatif yang bertebaran mengenai isu rumah tangganya dengan Fattah, kata Fazura, dia enggan memberi sebarang komen buat masa ini.

Klik untuk gambar besar
"Saya tidak mahu komen dahulu," ujar Fazura yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling dengan diiringi lima pengawal peribadi termasuk pengurusnya, Iman Tang.

Ketika di mahkmah, Fazura dilihat menggayakan sepasang jubah berona merah jambu sambil menjinjit tas tangan mewah berona yang sama.
Sebelum sah bercerai talak satu hari ini, Fazura sempat memuat naik petikan tentang keyakinan terhadap setiap perkara yang berlaku seakan menggambarkan apa yang sedang dialaminya kini.

Menyingkap semula, sebelum ini, Fattah atau nama lengkapnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, belum bersedia menceraikan isterinya itu ketika pr0siding pertama pada 25 September lalu.

Ketika pr0siding sama, Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, pula nekad mahu berpisah demi maruahnya sebagai wanita serta kesejahteraan hidup anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, 4.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: