07 October 2024

FAZURA HARAP SUAMI BERSUNGGUH PUJUK - FATTAH AMIN AKUI DAH PERGI RUMAH TAPI DIHALANG



"Dah tak sebumbung dua bulan. Dalam tempoh itu pun saya mengharapkan suami datang memujuk. Bukan setakat Whatsapp mesej 'selamat pagi', 'selamat malam' dan 'saya minta maaf'.

"Saya harapkan lebih daripada itu, datang ke rumah (jumpa) walaupun saya tengah mar@h. Sebagai isteri kadangkala kita mungkin mar@h, saya harap dia bersungguh pujuk, bukan mesej sahaja."

Demikian kata pelakon dan usahawan, Nur Fazura yang mendedahkan, dia kec£wa apabila bekas suaminya, Fattah Amin tidak berusaha memujuk hatinya, sebaliknya hanya menghanta mesej di WhatsApp sepanjang dua bulan tidak sebumbung.

Ujar Fazura lagi, Fattah hanya mahu bersemuka selepas dia memfailkan permohonan cerai, selain mengakui dia mungkin mar@h, namun berharap Fattah datang untuk memujuknya bersungguh-sungguh bagi menyelesaikan kem£lut antara mereka.

Klik untuk gambar besar

"Dia ada datang beberapa kali untuk jumpa anak, dia datang lagi sehari sebelum cerai untuk ambil pakaian dan ada dia datang pada hari saya failkan penceraian. Memang ada banyak kali juga saya cakap tak mahu jumpa.

"Tapi, dalam keadaan hati saya r£muk, saya berdoa kepada Allah agar dia datang bersungguh-sungguh pujuk saya. Mungkin saya lembut hati waktu itu. Dalam dua bulan itu tak ada inisi@tif yang benar-benar dia nak memujuk saya," tuturnya.

Sementara itu, Fattah tampil menjelaskan, pelbagai usaha yang cuba dilakukan untuk memujuk bekas isterinya itu tetapi dihalang dan Fazura tetap mahu bercerai.
"Saya datang ke rumah tapi dihalang dan tidak dibenarkan masuk. Sudah tahap begitu. Boleh tengok WhatsApp dia. Minta dia tunjuk kalau berani. Saya juga sudah cuba hubunginya hampir setiap hari tapi tidak pernah diangkat. Mesej di WhatsApp juga susah dibal@s," katanya.

Disamping itu, Fattah yang reda dengan perpisahan yang berlaku itu mengaku dia masih menyayangi Fazura dan menyerahkan kepada takdir mengenai urusan jodoh akan datang.

"Saya masih sayangkan dia sebagai insan yang pernah ada dalam hidup saya. Apapun kita tengok macam mana nanti. Soal pujuk ini takkan terjadi kalau sebelah pihak saja," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: