Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri menerusi coretan panjang di Instagram telah meluahkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah dengan cemerlang.
Dalam perkongsian itu, Fazeera berkata, dia tidak pernah terfikir untuk sambung belajar di peringkat ijazah memandangkan dia sudah mempunyai kerjaya pada ketika itu.
"Tak pernah terfikir untuk sambung belajar sebab Faz lalai, alpa, dengan gaji 5 angka, breakfast di London, lunch di Paris, apartment mewah disediakan oleh syarikat. Mana tak lupa nya, nak shopping groceries pun di Australia. Terus tak ingat nak sambung belajar, sampailah sesuatu terjadi pada Faz pada tarikh 20 July 2020.
"Di tarikh keramat itu, Faz menerima surat pemberhentian k0ntrak kerana situasi c0v1d-19 yang kian mencab@r. Selama 6 bulan Faz stranded di Doha tanpa keluarga tercinta disisi. Balik je Malaysia, dua bulan kemurvngan. Dan Faz tanya pada diri "sampai bila nak macam ni?". Faz pun decided untuk opt for online learning sambil bekerja sebagai Customer Service Representative di Shopee (WFH).
"Alhamdulillah pejam celik, dah kahwin, mengandung dua kali, sambil perut besar tu lah duduk exam, belajar online, tiap minggu ada 3-4 classes, sekarang sedar dah berlalu," tulis Fazeera yang turut meluahkan rasa syukur segala uj1an dan rint@ngan yang dilalui olehnya membuahkan hasil dan dia kini bergelar pensyarah dalam bidang TESL di sebuah universiti swasta.
"Alhamdulillah juga sekarang Faz dah menjadi seorang pensyarah TESL di universiti swasta dan Inshaa-Allah tahun depan Faz akan mulakan pengajian di peringkat Masters Degree. Kalau lah Faz tahu 4 tahun lepas yang semua apa yang Faz ada sekarang ni bakal terjadi, Faz akan syukur dan had@pinya dengan tenang," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment