07 October 2024

"SAYA SUDAH TAMAT TEMPOH IDAH" - EMMA MAEMBONG DEDAH DIA & SUAMI SUDAH BERCERAI



Selepas pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura disahkan bercerai talak satu di mahkamah hari ini, kini pelakon Emma Maembong pula tampil mendedahkan dia dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar sudah pun bercerai secara baik.

"Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah. Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya walaupun saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini," jelasnya.

Emma yang menyedari kris1s rumah tangganya hangat diperkatakan dan dibincangkan di forum g0sip, bagaimanapun memilih pendekatan berdiam diri dan tidak mahu meng£ruhkan keadaan selama ini.

Ujarnya, disebabkan itu juga, dia masih memuat naik foto bersama bekas suami di media sosial hingga ramai pihak mula berteka-teki sama ada dia dan bekas suaminya masih bersama atau tidak.

Klik untuk gambar besar

"Sebenarnya tujuan saya masih memuat naik foto bersama bekas suami di Instagram hanyalah untuk menjaga em0si anak-anak supaya mereka tidak terk£san dengan perpisahan ini.

"Saya nak anak-anak saya melihat keluarganya masih bahagia," jelas ibu kepada dua cahaya mata itu yang enggan berkongsi butiran terperinci mengenai bilakah perpisahan itu berlaku kerana ia bukan perkara yang indah untuk dikongsikan.

"Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu saya mengambil langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman.
"Namun, disebabkan hari ini saya menerima panggilan anda (media), saya rasa sudah tiba masanya untuk beritahu kepada umum supaya ia tidak lagi ditanya.

"Saya akui perkahwinan ini bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak dug@an yang perlu dit£mpuh," kata Emma yang bersyukur hubungannya dengan bekas suami masih baik dan masing-masing reda dengan perceraian yang berlaku.

"Walaupun sudah tidak bersama, hubungan kami masih baik. Masing-masing terima perceraian ini dengan berlapang dada dan matang. Kami juga anggap dug@an ini sebagai satu pr0ses untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.
"Fokus kami sekarang adalah membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Walaupun sudah tidak bersama, kami akan tetap buat aktiviti keluarga bersama-sama dengan dua cahaya mata kami," tuturnya.

Sementara itu, Shazli ketika dihubungi menyifatkan urusan jodoh pertemuan adalah rahsia Allah dan reda dengan segala ketentuan : "Kita cuma mampu merancang, namun soal jodoh, ajal semua di tangan Tuhan. Allah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita."

Untuk makluman, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: