"Saya pun ada tahu satu benda fasal dia tetapi kami dah bersetuju untuk tidak mahu buka a1b masing-masing. Saya pun dah bersetuju tidak memfailkan nusyuz (langg@r perintah), jadi jangan buat perkara begini (buka a1b).
"Janganlah (Fazura) buat benda-benda yang bukan-bukan macam ini (pendedahan), memalukan semua. Saya tak nak."
Itulah ujar pelakon Fattah Amin yang berkata, dia ada menyimpan satu rahsia membabitkan bekas isterinya, Nur Fazura, namun memilih tidak membuka mulut mengenai perkara itu kerana sudah bersetuju untuk menjaga a1b masing-masing.
Menghormati perjanjian yang telah dipersetujui di mahkamah, ulas Fattah, segala cerita yang didedahkan hanya akan memberi k£san burvk terutama kepada anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya apabila sudah pandai membaca kelak.
Klik untuk gambar besar
Fazura mendedahkan antara punca yang mendorongnya untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya itu adalah disebabkan Fattah berlaku cur@ng di belakangnya.
Selain itu, Fazura turut mendakwa Fattah culas memberi nafkah kepadanya dan Fatima serta tiada lagi persefahaman antara mereka.
Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga iaitu pada 27 November 2017, pasangan selebriti popular itu akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, pada jam 9.45 pagi, hari ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment