08 October 2024

MARSHA BERSYUKUR NAMA TERSENARAI ANTARA PENERIMA PINGAT ADK



"Syukur nama saya ada dalam senarai yang dikeluarkan oleh Istana Sabah. Saya pun dah tengok watikah ini dan ia benar.
"Namun, saya tak berani nak berikan sebarang kenyataan kerana masih belum menerima anugerah ini secara rasmi.

"Berdebar juga nak masuk Istana Sabah. Saya pernah masuk situ ketika TYT terdahulu."

Itulah jelas penyanyi Marsha Milan Londoh dimana dia mengesahkan namanya tersenarai antara penerima Anugerah Darjah Kinabalu (ADK) sempena ulang tahun Yang DiPertua Negeri Sabah (TYT) Tun Juhar Mahiruddin yang ke-71.

Klik untuk gambar besar
Marsha berkata demikian susulan syarikat rakamannya mengeluarkan kenyataan berhubung penganugerahan itu di Instagram.

Penyanyi kelahiran Tamparuli, Sabah itu menjadi antara 274 individu yang tersenarai antara penerima ADK kali ini.

Ujarnya lagi, pengiktirafan ini menjadi pembak@r semangat buatnya untuk terus memperjuangkan budaya dan muzik negeri Sabah kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Selama 20 tahun dalam industri hiburan, saya tak pernah jemu untuk memprom0si budaya dan muzik negeri asal kelahiran saya.

"Bagaimanapun, segala usaha dicurahkan untuk mengangkat martabat Sabah bukan bertujuan untuk mengejar sebarang pengiktirafan.

"Jika tak dapat pingat pun, saya tetap akan berusaha untuk memprom0si budaya negeri saya. Saya akan gunakan platform yang ada untuk kongsikan karya dari Sabah di sini," kata Marsha yang pernah tampil menerusi lagu Sumandak Sabah bersama Velvet Aduk.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: