Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha yang kini sudah mencecah usia 31 tahun itu mendedahkan impiannya untuk mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun, namun tidak tercapai kerana belum bertemu calon sesuai.
Ujar Daiyan, dia tidak terburu-buru mencari pasangan, sebaliknya mensasarkan untuk menamatkan zaman bujang di usia 33 tahun dan jika tidak tercapai juga, dia anjakkan ke usia 36 tahun pula.
"Kalau tak tercapai juga, saya anjakkan lagi ke usia 36 tahun. Saya okay saja dan terbuka kalau bertemu jodoh pada usia berapa sekali pun," katanya.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Daiyan berkata, meskipun belum bertemu jodoh, dia sudah sedia untuk bergelar isteri jika bakal suaminya itu s£rius untuk berumah tangga kerana dia sudah di fasa malas bercinta terlalu lama.
"Kalau saya jumpa dengan seorang yang s£rius, saya terbuka dan sedia untuk berkahwin. Saya dah malas untuk melalui fasa bercinta terlalu lama.
"Kalau orang itu serius, jom kahwin!" jelasnya yang turut berkongsi mengenai ciri-ciri lelaki idaman, dimana dia tertarik dengan lelaki yang jaga solat dan berpengetahuan dalam agama.
"Bagi saya paling penting orang itu mesti jaga hubungan dengan Allah, seseorang dekat dengan agama. Kalau tak, saya sendiri pun tak rasa saya boleh memahami dia," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment