"Alhamdulillah, saya bersyukur dapat ambil anak mengikut giliran ketika musim cuti sekolah. Kalau cuti sekolah lapan hari, saya boleh ambil anak empat hari. Ia bergantung pada kelapangan saya untuk ambil anak.
Kadang-kadang pihak sana (bekas isteri) yang tanya sama ada saya boleh datang ambil anak. Setakat ini, soal ambil dan jumpa anak tiada isu. Soal nafkah anak pun pihak sana juga beritahu saya tidak culas, cuma mungkin ada benda yang dia minta tambah."
Itulah kata pelakon Adam Shahz, 43, dimana dia sangat berharap k£s membabitkan hak penjagaan penuh anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 9, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dapat diselesaikan secara baik dengan bekas isterinya yang juga pelakon, Fatin Afeefa.
Dalam pada itu, Adam atau nama sebenarnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani memberitahu, dia juga akur dengan keputusan mahkamah sebelum ini apabila hak penjagaan int£rim (sementara) anaknya itu diserahkan kepada bekas isterinya.
Klik untuk gambar besar
"Hak jagaan penuh anak belum diputuskan pihak mahkamah lagi. K£s masih belum selesai dan masih ada benda lain yang dalam 'progr£s' lagi. Saya pun tak pasti sekarang kerana belum giliran saya lagi untuk ke mahkamah kerana difahamkan pihak sana sedang berurusan dengan pihak mahkamah ketika ini.
"Sebenarnya, saya tak nak g@duh-g@duh dalam soal anak dan kalau boleh kami sama-sama menjaga anak dengan baik. Saya juga tak nak g@nggu hubungan anak dengan bapa baharu atau p£ngaruhi dirinya dengan apa-apa pun kerana akhirnya nanti, pihak sebelah sana juga yang akan menjaganya kelak.
"Saya senang saja, tolonglah jaga anak saya betul-betul kerana dia anak perempuan dan tanggungjawab juga tinggi. Saya juga wali anak dan kalau jadi apa-apa nanti, saya dan keluarga masih ada," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment