"Ha ni anak kami berdua. Alhamdulillah dah 7 bulan. Esok (hari ini) akikah. Ya kenapa baru sekarang nak bagitahu pasal anak, satu sebab mak saya bising, ah dia (Fatin) pun dah bising. Kata anak dah besar dah, IC (Kad Pengenalan) pun nak dapat semua, takkanlah I tak boleh bagitahu kat dunia kot yang I dah anak baru kan."
Itulah kata suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu pemp£ngaruh sens@si, Aliff Awang menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya, dimana dalam video tersebut, dia bersama isteri dan anaknya sedang ditemu bual.
"Jadi mother father kena chill chill kan? @fatinafeefa. Hidup kena ada privacy, content kena sens@si. Zasss ⚡️," kapsyen yang ditulis Aliff atau mesra disapa Opai dalam video yang dimuat naiknya itu.
Selepas sekian lama mengunci mulut, akhirnya suami Fatin membuat pendedahan isterinya itu sudah tujuh bulan melahirkan anak hasil perkahwinan bersama yang dibina pada Disember 2022.
Klik untuk gambar besar
Sebelum itu, Opai telah berkongsi beberapa keping gambar dia bersama seorang bayi dipercayai hasil perkahwinan dengan pelakon itu, selain turut berkongsi gambar anak-anak tirinya iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
"Kehidupan indah sebagai seorang bapa. Selama ini sibuk hanya untuk meluahkan setiap minit bersama anak-anak saya yang cantik, bijak, lincah. Ke arah kehidupan yang baharu. Fefefelaiii," tulis suami Fatin.
Meskipun Opai mengkaburkan wajah bayi tersebut, namun perkongsiannya itu telah meraih perhatian ramai, dimana rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata mereka.
Sementara itu, Fatin juga berkongsi sekeping gambar anak-anaknya bersama seorang bayi tetapi menutup wajah permata hatinya itu.
Terdahulu, timbul sp£kulasi apabila netizen mendakwa Fatin sedang hamil. Bagaimanapun, pelakon itu terk£jut apabila mengetahui timbul d£sas-d£sus mengatakan dia sudah melahirkan cahaya mata.
Perkara tersebut timbul selepas pelakon 'Tentang Bulan' itu dilihat kurang berkongsi gambar penampilan dirinya selain dilihat seperti ingin cuba menutupi bahagian perut.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!







No comments:
Post a Comment