"Kali terakhir saya datang ke sini (Tanah Suci), sal@h satu perkara yang saya doakan adalah memohon Tuhan hadirkan kepada saya orang terbaik untuk menemani saya, hanya jika Dia mengizinkan.
"Kali ini, saya kembali dengan doa yang Tuhan sudah makbulkan. Pinjamkan dia pada Wawa lebih lama sedikit ya Allah? Kalau boleh, hingga ke syurga."
Demikian tulis penyanyi Najwa Latif yang kini mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci bersama suaminya, Akwa Arifin, dimana dia memohon Tuhan untuk memanjangkan jodoh mereka dalam tempoh waktu yang panjang.
Wawa berkongsi luahan isi hatinya menerusi satu hantaran di Instagram Story bersama suami dengan berlatar belakangkan Kaabah.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Najwa menerusi hantaran berbeza, turut memuji keperibadian suaminya itu yang sudi menjaga dia dan seluruh keluarga yang mengikuti ke Tanah Suci.
"Walaupun dia bersama mak, kakak, isteri, mak mentua, kawan-kawan mak mentua, tapi dia sekali pun tak mengeluh dalam enam hari di Makkah. Saya bangga dengan kamu, sayang. Terima kasih sudi teman kami, bila perlu," tuturnya.
Untuk makluman, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment