11 October 2024

KAMAL ADLI TEPIS STIGMA RUMAH TANGGA PASANGAN SELEBRITI TIDAK KEKAL LAMA : "CURANG SATU PILIHAN... KALAU TAK YAKIN, JANGAN KAHWIN..."



"Perkara ini terjadi sebab kami ni artis sahaja walhal banyak lagi kes-kes lain yang lebih teruk. Tak ada risiko sebenarnya bidang hiburan ni sebenarnya cuma kerja kami ni memang dalam industri hiburan jadi atas kita sebenarnya nak kawal diri sendiri lagi-lagi kalau isu curang.
"Curang itu kan satu pilihan, memang akan ada ramai pelakon muda yang lagi lawa, comel sebagainya tapi ia atas pilihan. Kalau tak yakin nak kahwin jadi jangan kahwin, tak kisah artis atau tak, semua sama saja."

Itulah kata pelakon Kamal Adli dimana dia menepis stigma negatif orang ramai terhadap pasangan selebriti yang berumah tangga tidak boleh kekal lama serta akan berakhir dengan perceraian.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Kamal turut menafikan sekerasnya tanggapan perkahwinan sesama artis sukar kekal lama kerana gosip liar dan gaya hidup yang dikatakan tiada batas dalam pergaulan.

Ulas Kamal lagi, tidak semua perkahwinan pasangan selebriti berakhir dengan perceraian dan ianya pilihan masing-masing untuk pertahankan rumah tangga mereka.
Selain itu, akui Kamal, golongan wanita sememangnya memiliki sifat emosi yang agak sukar dikawal, namun perlu diatasi supaya mengelak daripada pergaduhan.

"Saya akui wanita memang kadang-kadang terlampau emosi, Uqasha sendiri pun ada waktunya emosi sebab penat menjaga anak, kerja dan sebagainya tapi apa-apa pun kena bertenang dan berbincang secara baik.

"Betul orang kata jaga bayi ni lagi penat daripada bekerja, kadang-kadang saya pun terlepas juga kata saya pun kerja letih apa semua tapi kena berbincang la bersama. Kalau ikutkan emosi itu yang boleh bawa pada perpecahan dan perkara tak elok dalam rumah tangga," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: