11 October 2024

TONY EUSOFF DEDAH HUBUNGAN CINTA 9 TAHUN DENGAN JANDA ANAK DUA BERAKHIR SECARA BAIK : "PERCINTAAN PALING LAMA PERNAH SAYA LALUI..."



"Kami berpisah secara baik, malah sehingga sekarang saya anggap anak dia yang sudah berusia 28 tahun seperti anak saya sendiri. Hubungan kami berdua juga masih baik, termasuklah dengan cucu dia pun saya rapat.
"Percintaan paling lama pernah saya lalui adalah selama sembilan tahun dan ia adalah hubungan terakhir saya. Sebenarnya hubungan kami baik-baik saja walaupun jarak usia kami beza 10 tahun. Dia berusia 57 tahun manakala saya 47 tahun.

"Kami terpaksa berpisah kerana masing-masing ada masalah sendiri hingga keduanya sudah tidak mampu memberi kebahagiaan."

Demikian jelas pelakon Tony Eusoff yang mendedahkan dia pernah melalui fasa percintaan dengan seorang janda anak dua kira-kira 10 tahun lalu, sebelum hubungan yang dibina selama sembilan tahun itu terpaksa berakhir dengan perpisahan kerana masing-masing mempunyai masalah peribadi.

Kisah peribadi itu dikongsikan Tony atau nama sebenarnya, Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 47, dalam satu program podcast bertajuk Confession Bilik Gelap kendalian Sudyr Tahir.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: