"Perkara yang baik tidak salah untuk dipelajari, kita semua boleh belajar sesuatu dari agama lain. Ambil ilmu yang baik biarpun agama berlainan. Mendengar ceramah boleh menambahkan ilmu saya untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik. Kalau ia positif, saya akan ambil."
Demikian ujar pelakon Keith Foo, 41, yang mengakui sering mendengar ceramah agama untuk menambah ilmu baharu yang bermanfaat untuk dirinya, sejak menjalin hubungan cinta dengan pelakon Riena Diana.
Keith yang ingin menjadi manusia yang lebih baik itu berpendapat tidak salah untuk dia mendalami sesuatu ilmu yang berlainan dengan agama asalnya, selain akui dia juga sering merujuk kepada Riena berkaitan hal agama seperti amalan bersedekah.
"Iya betul (bersedekah). Ada kala saya kurang faham, saya akan bertanya kepada Riena. Contoh, ketika sambutan Maulidurasul, saya tanya Riena apa yang boleh buat untuk tambah pahala, dia kata mungkin boleh bersedekah.
Klik untuk gambar besar
"Saya tidak kisah fasal negativiti kerana negativiti bukan boleh berlaku dalam hubungan sahaja, tetapi boleh wujud apa jua keadaan. Kalau ada yang bercakap negatif saya tidak ambil kisah tetapi yang beri komen positif ambil sebagai pengajaran.
"Bukan urusan saya untuk halang apa orang luar cakap, saya tiada hak untuk tentukan hidup mereka (netizen)," kata Keith yang mempunyai seorang anak perempuan, Skylar Raymond Foo, hasil perkahwinan terdahulu dengan Kim Raymond.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment