12 October 2024

MENJELANG HARI PERKAHWINAN - HASNOL DAKWA KENA P£CAT PENGURUS PR0DUKSI



"Memang agak mengejutkan apabila saya diberikan notis berhenti kerja serta merta pada 10 Oktober lalu. Alasan diberikan ialah saya tak buat kerja sedangkan saya dah buat segala-galanya sepanjang tempoh sembilan bulan bekerja.

"Syarikat letakkan kesalahan kepada saya, sedangkan saya dah buat proposal (cadangan) berjela-jela untuk anjurkan show artis seperti Khai Bahar, Aina Abdul, Anuar Zain dan Def-Gab-C. Semua mereka ada potensi besar raih peminat.

"Patutnya saya dah berada di Tawau, Sabah untuk Konsert Def-Gab-C yang saya dah prop0se kepada mereka dan dah diterima. Tapi pada saat akhir mereka tarik 'handbrake'.."

Demikian jelas penyanyi Hasnol Hassan Ariff, 54, yang terkejut apabila menerima n0tis penamatan kontraknya sebagai Pengurus Produksi Kreatif di sebuah syarikat pengurusan acara, ketika sibuk membuat persediaan untuk beraksi dalam Festival Muzik Vits Konsert Telan Kaset 90-an di Padang Timur, Petaling Jaya, pada malam esok.

Kata Hasnol, paling menyedihkan, perkara ini turut berlaku ketika dia sedang menghitung hari bahagia untuk melangsungkan perkahwinan kali ketiga dengan wanita pilihannya, Disember ini.

Klik untuk gambar besar

Tambahnya lagi, segala surat menyurat dan kelulusan untuk Konsert Def-Gab-C hampir sempurna tetapi pembatalan pada saat akhir membuatkan namanya disenarai hitam oleh pihak di sana.

"Ini dikira konsert pertama dibawah idea saya tapi sebelum itu saya dah banyak buat proposal dan pemiliknya kata suka dengan idea saya. Dia nak sangat masuk dalam industri hiburan sebab itu ambil saya.

"Tapi disebabkan mereka tiada bajet, saya pula jadi mangsa. Mereka baru dua tahun terbabit dalam seni. Namun saya percaya ada tangan ghaib yang menimbulkan semua perkara ini. Pemilik syarikat ini tiba-tiba pukul canang kata saya tiada kerja dan tak buat kerja.

"Sepatutnya saya akan berniaga jual kurta di tapak festival bagi pihak syarikat. Tapi dia tarik balik hanya kerana mereka mendakwa saya tak buat kerja sepenuh hati," ujar Hasnol yang turut berasa hairan apabila bekas majikannya itu sibuk menyelidik siapa bakal isterinya serta membuat dakwaan sejak dia kenal bakal isterinya, semua kerja tidak berjalan.

"Buat masa ini saya hanya tumpu pada bisnes jualan tapai pulut yang turut akan dijual di lokasi konsert bermula malam ini. Dapatlah saya cari rezeki sikit-sikit. InsyaAllah walau apapun perkahwinan akan diteruskan. Saya bersyukur keluarga bakal isteri banyak beri sokongan tak berbelah bahagi kepada saya," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: