"Alhamdulillah, pastinya saya berasa terharu dan bersyukur bila dapat tahu nama turut tersenarai sebagai penerima pingat ADK itu. Bila dapat tahu berita gembira itu saya bertanya kepada diri, layakkah saya menerima anugerah berkenaan? Pada masa sama gembira kerana bakat seni dihargai."
Itulah luah penyanyi Stacy Anam atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy, 34, yang berasa terharu dan bersyukur kerana namanya tersenarai sebagai penerima Anugerah Darjah Kinabalu (ADK) sempena ulang tahun Yang DiPertua Negeri Sabah (TYT) Tun Juhar Mahiruddin yang ke-71.
Dapat tahu namanya tersenarai sebagai penerima pingat ADK itu dari rakan artis, Marsha Milan Londoh, isteri kepada penyanyi Akim Ahmad itu mengakui, anugerah tersebut turut menyuntik semangat padanya untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat terutama di negeri kelahirannya itu.
Klik untuk gambar besar
"Saya pernah terbabit dalam konsert amal untuk Malim Gunung ketika gempa bumi paling besar di Kota Kinabalu yang turut meng0rbankan ramai nyawa ketika itu.
"Kalau dulu, saya hanya pergi menyanyi dan buat persembahan sahaja tapi bila tersenarai sebagai penerima ADK itu, saya berasa sudah menjadi orang yang 'penting' seperti mendapat 'jawatan baru' untuk menyalurkan sumbangan sebagai anak seni kepada masyarakat di luar sana," tutur anak kelahiran Penampang, Sabah itu.
Dalam pada itu, Stacy yang sudah 16 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air selepas bergelar juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), berkata, dia juga ada perancangan untuk kembali menetap di negeri Sabah pada masa depan.
"Bila dapat anugerah ADK itu, saya berasa mahu kembali semula ke Sabah. Saya kini menetap di Semenanjung bersama suami dan anak-anak. Namun, bila kembali ke Sabah selama dua minggu ketika cuti sekolah baru-baru ini, perasaannya sangat berbeza sama sekali. Saya berasa jiwa ada di kampung halaman.
"Impian saya ialah untuk kembali semula ke Sabah dan memberi sumbangan serta berbakti kepada masyarakat di sana," ujarnya yang turut merancang untuk menghasilkan lagu untuk negeri Sabah tidak lama lagi, selain mengadakan konsert solo skala besar nanti.
Selain Stacy dan Marsha, barisan artis lain yang tersenarai antara 274 individu penerima ADK kali ini ialah Velvet Aduk, Elica dan Rosario.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment