"Kami tidak pernah anggap anugerah ini sebagai undian, tapi hadiah daripada peminat. Kami beranggapan kemunculan semula Senario juga disebabkan arwah Hamdan. Berita pemergiannya dilaporkan banyak pihak membuatkan ramai yang mula mengenali kami semula."
Demikian tutur anggota Senario, Wahid atau Abdul Wahid Mohamad, yang berkata, nama kumpulan itu kembali menyita perhatian umum selepas berita pemergian rakan seperjuangan mereka iaitu Allahyarham Hamdan, mendapat liputan luas.
Malam semalam, Senario telah memenangi trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH-36) dan berhubung kemenangan itu, kumpulan ini sepakat menyerahkan trofi yang diterima mereka kepada keluarga Allahyarham Hamdan.
Klik untuk gambar besar
"Saya memang sudah dapat agak trofi akan dapat satu sahaja. Jadi dengan persetujuan sahabat lain, kami nak hadiahkan trofi kepada waris Allahyarham Hamdan," jelas Saiful Apek atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff.
"Atas berkat kerja keras Senario, walaupun kami tak ada di kaca televisyen dan hanya bergerak dengan konsert dan beberapa program lain. Tetapi Alhamdulillah, dengan adanya sosial media, Senario semakin dikenali semula.
"Alhamdulillah, dengan berkat doa semua dan undian peminat Senario yang masih sayang dengan Senario, kami akhirnya ada di ABPBH dan Allah izinkan kami pegang trofi untuk Artis Komedi Popular.
"Kami rasa amat terharu dan ini membuktikan Senario masih aktif dan relevan," kata Azlee atau nama penuhnya, Muhammad Azlee Jaafar, dimana dia tidak menyangka kumpulannya akan merangkul anugerah itu kerana perlu bersaing dengan empat calon hebat iaitu Bell Ngasri, Jep Sepahtu, Joey Daud dan Sabri Yunus.
Senario merupakan kumpulan komedi yang mula meraih populariti sejak tahun 90-an yang dianggotai beberapa pelawak terkenal iaitu Saiful Apek, Azlee, Yasin, Lan Pet Pet, Wahid, Pok Ya dan Allahyarham Hamdan.
Untuk makluman, Hamdan atau nama sebenarnya, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 5 Januari lalu di usia 55 tahun akib@t jangk1tan kum@n dalam dar@h.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment