13 October 2024

"MUNGKIN SAYA YANG M4TI DAHULU..." - ISTERI TERHARU AZLAN KOMENG SANGGUP GAD4I NYAWA MELINDUNGINYA KETIKA KEMAL4NGAN



"Ia berlaku (kemalangan) bukan sebab saya yang hilang kawalan ketika memandu, tetapi trak polis itu yang masuk ke laluan saya. Saya cuba mengelak tetapi gagal dan trak itu melanggar bahagian depan kereta saya."

Demikian jelas pelakon aksi dan watak jahat, Azlan Komeng, 48, selepas dia dan isterinya, Nur Nilam Ortiz dan anak mereka, Adam, 5, terbabit dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang, awal pagi semalam, ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah menjalani sesi uji bakat di Kuala Lipis.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Azlan yang memandu kereta jenis Perodua Kancil itu telah mengalami patah kaki kiri, selain cedera di muka, kepala, tangan dan kaki, manakala isterinya cedera di tulang rusuk, muka dan kepala akibat terhentak. Bagaimanapun, anak mereka tidak mengalami kecederaan.

Sebelum ini, berita kemalangan itu dikongsi isteri Azlan atau nama sebenarnya, Muhammad Azlan Kamiran, di TikTok dan ia mendapat perhatian ramai dalam kalangan penggiat seni dan pengguna media sosial dimana mereka mendoakan pasangan itu cepat sihat dan pulih.

Klik untuk gambar besar

Melihat pada hantaran yang dikongsikan itu, Nilam memaklumkan kereta dipandu suaminya itu bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kuala Lipis dan susulan itu, Azlan terpaksa menjalani pembedahan pada bahagian tangan kanan di Hospital Kuala Lipis, bagi mencantumkan semula kulit tangannya yang terkoyak akibat kemalangan tersebut.

Selain koyak pada bahagian tangan, Nilam memaklumkan Azlan turut mengalami patah pada kedua-dua belah kaki serta bahagian pinggul dan susulan itu, dia akan dipindahkan ke Hospital Batu Pahat di Johor bagi menjalani pembedahan kedua pada bahagian pinggul pada malam Ahad.

"Kulit tangan suami terkoyak, jadi doktor terpaksa membuang 50 peratus bahagian kulit dan tisu untuk mencantumkan semula saraf dan urat Azlan. Alhamdulillah pembedahan berjaya dilakukan semalam (Sabtu) dan keadaannya sekarang stabil.

"Kami akan dipindahkan ke hospital Batu Pahat malam ini untuk pembedahan di bahagian pinggul yang patah. Mungkin akan ambil masa lama untuk pulih, dalam enam hingga tujuh bulan," maklumnya.
Disamping itu, Nilam akui dirinya masih trauma dengan insiden tersebut, namun bersyukur suaminya selamat meskipun mengalami kecederaan parah selepas cuba melindunginya daripada dirempuh ketika kemalangan.

Jelasnya, dia juga tidak akan melupakan peng0rbanan suaminya yang sanggup menggadai nyawa mengeluarkan dia daripada kenderaan walaupun mengalami cedera parah.

"Saya bersyukur keadaan dia semakin stabil, saya datang jumpa dia lepas pembedahan semalam dan Alhamdulillah suami sudah boleh berbual. Terpancar kasih sayang dia terhadap saya, sampai terkoyak tangan semata-mata cuba lindung badan saya yang kecil daripada dilanggar.

"Dalam keadaan tangannya berdarah dia mengensot menjerit meminta bantuan tarik saya keluar daripada kereta. Masa kejadian itu, mungkin saya yang mati dahulu kalau dia tak guna badan dia untuk halang saya daripada dirempuh. Saya minta anda doakan saya dan suami saya, saya tak tahu macam mana saya nak hidup tanpa suami saya," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: