"Saya dan anak-anak okay saja tinggal di mana-mana, Malaysia ke, Dubai ataupun Perancis. Cuma, rasa seronok kalau suami saya dah bersara nanti dan kami sekeluarga menetap terus di Malaysia.
"Sekarang, tengah pujuk suamilah supaya dia nak tinggal di Malaysia nanti. Lagipun, saya dah beli rumah di sini (Malaysia) dan boleh dikatakan di negara ini semuanya senang. Malah, anak pertama dan ketiga saya pun sukakan Malaysia dan anak kedua saja suka Dubai sebab dia pun kerja di sana.
"Suami saya sebenarnya merancang apabila sudah bersara, dia mahu kehidupan lebih rileks, tenang, suka bermain muzik dan bercuti di pantai. Jadi, saya dapati di Malaysia ini semua ada dan agak mudah."
Itulah kata pelakon dan model popular era 1990-an, Azah Aziz, 51, yang bercadang mahu menetap terus di Malaysia selepas suaminya, Daud Leroy Abdullah bersara beberapa tahun lagi, namun perlu memujuk lelaki itu.
Klik untuk gambar besar
Tambahnya lagi, keputusan tetap di tangan suaminya, meskipun merasakan taraf kehidupan di Malaysia tidak mahal dan berpatutan termasuk mendapatkan apa saja cukup senang.
Dalam perkembangan lain pula, Azah berkata, dia mendapat sokongan penuh daripada suami yang memberi izin supaya dia aktif semula dalam lakonan.
"Alhamdulillah, suami saya seorang yang sangat memahami dan dia sendiri yang beri izin untuk saya aktif berlakon semula. Syukur juga bila rezeki saya dalam bidang lakonan masih ada.
"Ini kerana, ramai juga rakan artis seangkatan saya dulu seperti Datuk Rosyam Nor yang dah jadi penerbit drama dan ada produksi sendiri menawarkan 'job' berlakon. Saya seronok tengok kawan-kawan lama kini berjaya.
"Soal watak pula, saya taklah memilih dan okay dengan watak yang dirasakan sesuai. Bukan apa, saya pun dah lama tak berlakon dan antara dulu dengan sekarang tentunya dah banyak yang berbeza serta berubah," ujarnya.
Untuk makluman, Azah bertemu jodoh dengan lelaki pilihannya, Daud yang juga warga negara Perancis pada 7 Januari 1995 dan mereka pernah menetap lama di Montreal, Kanada.
Bakal meraikan usia perkahwinan tiga dekad pada tahun depan, Azah dan Daud bahagia dengan dikurniakan tiga cahaya mata mereka iaitu Aaron, 26; Ryan, 20; dan Justin, 17.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment