"Baby, lepas ni kita boleh buat hal masing-masing kalau awak nak. Saya pun dah tak boleh kerja... mungkin lumpuh."
Itulah tutur pelakon Azlan Komeng dimana luahan hatinya itu membuatkan isterinya, Nur Nilam Ortiz tidak dapat menahan sebak apabila suaminya itu berkata mengenai 'membawa haluan masing-masing'.
Menurut Nilam, suaminya meluahkan perkara itu ketika dia sedang membersihkan badan Azlan.
Minggu lalu, Azlan telah terlib@t dalam kemal@ngan di Kuala Lipis, Pahang, sehingga mengalami pat@h tangan kanan, kedua-dua belah kaki dan pinggul.
Klik untuk gambar besar
Nilam yang berkongsi luahan hati suaminya itu menerusi temu bual bersama Astro Gempak, turut berkata, dia tidak dapat membayangkan jika berpisah dengan Azlan, lebih-lebih lagi selepas apa yang berlaku, dia lebih sayangkan suaminya.
"Saya kata kalau setakat cac@t tak ada hal lah… Empat tahun kita had@p macam-macam. Tak akan dan tak boleh tinggalkan Komeng. Dengan apa yang jadi ni, saya jadi lebih sayang dekat dia... Sayang sangat-sangat," katanya.
Difahamkan, Azlan dan isterinya menaiki kereta Perodua Kancil untuk menyertai festival makanan dan kereta dipandu Azlan bert£mbung dengan sebuah kenderaan sewaktu dalam perjalanan ke lokasi berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment