31 October 2024

"SAYA BERTERIMA KASIH KERANA DIA (UBAI) HADIR DALAM HIDUP SAYA" - SHILA AMZAH BERJAYA ATASI TR4UMA MASA SILAM



"Trauma masa lalu. Saya mengimbas kembali trauma masa lalu. Saya berhadapan dengan ketakutan itu bersama suami tercinta.
"Mungkin ramai yang tidak tahu, Pulau Pinang meninggalkan trauma mendalam buat saya. Beberapa insid£n di sana menghantui saya dan saya tidak pernah berjaya mengatasinya selama lebih 10 tahun.

"Saya pernah cuba mengatasinya sekitar tiga tahun yang lalu tetapi gagal dengan teruknya. Hinggalah baru-baru ini, kami memutuskan untuk bercuti bersama keluarga.

"Ubai tahu segala-galanya dan saya mencadangkan Pulau Pinang sebagai destinasi. Apabila dia bertanya kenapa, saya menjawab, saya mahu mencipta kenangan baharu bersama keluarga kecil kami.

"Akhirnya, kami berjaya melakukannya dan saya sangat bersyukur kerana dapat mengharungi pengalaman ini bersamanya. Saya tidak akan pernah cukup berterima kasih kerana dia hadir dalam hidup saya."

Demikian kongsi penyanyi Shila Amzah dimana dia berkongsi mengenai bagaimana dia berhadapan dengan trauma masa lalu di Pulau Pinang selepas berlaku beberapa insiden yang meninggalkam kesan mendalam kepadanya.

Klik untuk gambar besar
Kata Shila, bila bersama suaminya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, dia kembali ke destinasi itu dan berhadapan dengan traumanya dengan mencipta kenangan baharu bersama keluarga kecilnya.

Di platform media sosial lain, Shila meluahkan pendapatnya mengenai penderaan dalam hubungan berpasangan yang dinormalisasikam sesetengah pihak.

"Saya tak faham orang yang menormalisasikan penderaan dan memperlekehkan mereka yang berusaha untuk menyembuhkan diri mereka.

"Saya bimbang untuk pasangan, anak-anak, keluarga atau rakan-rakan mereka yang terpaksa berada bersama seseorang yang langsung tiada empati. Penderaan tidak sepatutnya dinormalisasi, penderaan tidak sepatutnya dipandang remeh.

"Saya berkongsi kisah saya untuk memberi galakan kepada mereka yang pernah mengalami penderaan daripada pasangan sebelum perkahwinan untuk melangkah pergi sebelum terlambat.

"Kerana perkahwinan itu sukar, tetapi untuk melepaskan diri selepas berkahwin jauh lebih sukar. Ini bukan soal jantina, lelaki atau wanita, jangan kekal bersama pendera," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: