31 October 2024
"SAYA MEMANG TIDAK SANGKA & TAK TAHU NAK RESPONS..." - KIERAN TERHARU ELLY MAZLEIN MAHU TAJA UMRAH
Bekas penyampai radio, Kieran atau nama sebenarnya, Maskiran Jakiran, 49, berasa terk£jut dan tidak sangka apabila dimaklumkan tentang respon artis serba boleh, Elly Mazlein yang mahu menaja dirinya mengerjakan ibadah umrah selepas dia meluahkan hasrat untuk ke Tanah Suci Makkah.
"Saya memang tidak sangka dan tak tahu nak respons bagaimana apabila dia cakap nak taja saya ke umrah. Syukur dengan rezeki ini. Pada awalnya saya sendiri tak tahu untuk memberi maklum bal@s, tetapi kalau itu niat dia saya terima dengan hati terbuka.
"Rezeki saya terima tajaan ini dan rezeki Elly kerana membantu. Semoga selepas ini dia diberikan rezeki yang lebih luas," tuturnya yang mendapat tahu tentang perkara tersebut apabila dimaklumkan oleh rakan-rakan yang turut membaca temu bual Elly yang mahu membantu dia menunaikan hasratnya itu.
Klik untuk gambar besar
"Saya belum berkesempatan bercakap dengan Elly lagi. Kalau boleh nak dengar sendiri dari tuan punya badan," ujar Kieran yang sedang berdepan uj1an s@kit kans£r pr0stat.
Sementara itu, ditanya mengenai keadaan terkini kesihatannya, Kieran menjelaskan, dia baru sahaja selesai menjalani pusingan pertama rawatan kim0terapi dan perlu mengambil ubat yang dibekalkan pihak hospital.
"Ubat yang diberikan itu agak kuat, jadi saya akan lemah dan mamai lepas makan. Saya juga perlu lengkapkan empat kitaran kim0terapi dan selepas itu baru doktor tentukan rawatan lain," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment