03 November 2024
28 OKTOBER LALU - JAY ISWAZIR & ISTERI SAH BERCERAI SELEPAS DUA TAHUN BERKAHWIN
"Bismillahirohmanirrahim... Dengan ini saya dengan rendah hati ingin memberitahu bahawa hubungan saya bersama Ahmad Iswazir Ismail telah terlerai. Kami telah berpisah.
"Bagi mengelakkan sal@h faham atau fitn@h, saya terpaksa post untuk memberitahu kepada umum dan atas sebab-sebab tertentu juga. Sebab apa kami berpisah rasanya tidak perlu saya umumkan yang tau saja cukuplah."
Demikian jelas bekas isteri kepada pelakon Jay Iswazir, Azzahra Ahmad dimana dia menerusi Instagram miliknya, memaklumkan mereka sudah pun bercerai iaitu pada 28 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian itu, Azzahra bagaimanapun tidak mendedahkan punca perceraian mereka, sebaliknya berkata, dia membuat penjelasan tersebut bagi mengelakkan sal@h faham dan fitn@h.
Dalam pada itu, Azzahra turut berharap agar bekas suaminya itu dapat menunaikan tanggungjawabnya selepas bercerai, selain sempat menitipkan ucapan terima kasih
"Semoga dalam tempoh edah ini, saya berharap agar awak dapat menunaikan tanggungjawab dan jangan mengambil mudah lagi.
"Cukuplah dengan apa yang terjadi selama ini, saya sudah cukup bersabar. Terima kasih atas segalanya sepanjang kita bersama sebagai suami isteri.
"Maaf atas segala kekurangan, halalkan makan minum saya. Mohon doakan yang terbaik untuk kami berdua meneruskan hidup masing-masing selepas ini," katanya.
Sementara itu, Jay yang berkahwin dengan Azzahra pada Mac 2022 ini dilihat tidak ada memuat naik sebarang hantaran berkaitan penceraian itu di akaun media sosialnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment