05 November 2024

4 BULAN PUJUK - IDZHAM ISMAIL TAK MAHU SAL4HKAN BEKAS ISTERI SEPENUHNYA : "MUNGKIN DIA TERKHAY4L DENGAN DUNIAWI"



Di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, pagi semalam, pelakon Idzham Ismail bert£kad melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Nur Abilah Shamsudin.
Kata Idzham, dia juga tidak bercadang untuk kembali rujuk dengan bekas isterinya itu walaupun pernah berusaha menyelamatkan rumah tangganya.

"Mas@lah yang berlaku antara kami kecil saja, mungkin dia terkhay@l dengan duniawi. Saya tidak mahu menyal@hkan dia sepenuhnya.

"Ya sudah selesai semuanya pagi tadi (semalam). Saya tak mahu rujuk lagi. Masing-masing sudah tawar hati, jadi nak rujuk pun buat apa.

"Apa yang berlaku saya tak boleh nak kongsi sebab saya mahu menjaga a1b dia, termasuk a1b saya sebagai suami yang tidak mampu mendidik dia dengan baik," tuturnya.

Dalam pada itu, Idzham reda apabila usaha memujuk isterinya sejak empat bulan lalu tidak menemui jalan penyelesaian terbaik.

"Saya ada cuba pujuk dia sepanjang empat bulan ini. Malah ketika sambutan Aidilfitri lalu kami okay saja," jelasnya yang turut menafikan keruntuhan rumah tangganya berpunca kehadiran orang ketiga.

"Tiada (orang ketiga), dalam pengetahuan saya tiada. Kalau ada pun hanya Allah yang tahu," kata pelakon 'Tarik Aku ke Syurga' itu dimana sebelum ini dia mengakui berdepan kem£lut rumah tangga sejak empat bulan yang membawanya dan isteri ke Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 10 Oktober lalu.

Untuk makluman, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: