05 November 2024
TAK PERNAH BERHARAP DAPAT LELAKI SEMPURNA - INTAN NAJUWA PERCAYA ATURAN ALLAH
"Bagi saya, selama saya bujang dulu, tak pernah terlalu mengharap nak suami macam itu ini. Saya cuma doa saya dijodohkan dengan orang yang baik dan terima saya seadanya.
"Dah kalau nama jodoh, Allah akan atur cantik-cantik. Awak tak perlu tahu bagaimana dan fikir sama ada dia adalah orang yang tepat atau bukan.
"Kalau dialah jodoh awak yang dah ditentukan, gaduhlah macam mana, perangai macam mana pun, baik buruk dia, dah kalau Allah tentukan dia adalah orang yang tepat, ya itulah dia.
"InsyaAllah, yang baik-baik akan datang kat awak. So girls, InsyaAllah setiap jodoh dan pasangan yang ditentukan kepada kita ada sebab.
Klik untuk gambar besar
"Kadang-kadang, kehidupan kita tak seperti yang kita rancangkan. Teruskan hidup dan jangan hidup dalam penyesalan. Jangan stress-stress mencari jodoh."
Itulah tulis Datin Intan Najuwa menerusi perkongsian di Insta Story dimana pelakon itu berkata, dia tidak pernah berharap mendapat seorang lelaki sempurna sebagai pasangan hidupnya kerana percaya dengan aturan Allah.
Dalam pada itu, Intan turut menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana untuk tidak terlalu memikirkan tentang jodoh kerana ia telah ditetapkan oleh Allah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment