25 November 2024
AKIBAT LETUPAN GAS MEMASAK - SUAMI SYURA BADRON MELECUR TERUK
"Dengan berat hati saya ingin memaklumkan suami saya, Farizat dimasukkan ke hospital kerana melecur t£ruk di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada malam Jumaat lalu.
"Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini. Semoga ada hikmah yang baik di sebalik ujian ini, Allah maha baik."
Itulah kata penyanyi Syura Badron yang memaklumkan mengenai keadaan suaminya, Muhammad Farizat yang kini sedang menerima rawatan di hospital kerana melecur teruk akibat letupan tong gas.
"Awak lelaki yang sangat hebat pernah saya jumpa. Dalam menahan sakit awak masih lagi mampu tersenyum untuk saya dan anak-anak.
"Terima kasih sebab bertahan dan semoga Allah angkat sakit yang awak rasa dan diberikan kesembuhan secepatnya, semoga ia jadi asbab pahala yang besar untuk awak," tuturnya lagi.
Menerusi perkongsian di laman sosial, Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron, 38, turut memuat naik video keadaan rumah terbabit selepas letupan tong gas yang kelihatan teruk apabila dinding dan tingkap rumah itu pecah.
Untuk makluman, Syura pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006, namun mereka mengambil keputusan berpisah pada Ogos 2015.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nurul Dania Irdani, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15, dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun.
Kemudian Syura bertemu jodoh dengan Farizat pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Umar Eussof yang kini berusia setahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment