25 November 2024

BARANG RUMAH & EMPAT KERETA MEWAH BAKAL DILEL0NG - DATUK SERI VIDA GAG4L LUNASKAN HUT4NG LEBIH RM1 JUTA



Berikutan gag@l melunaskan hut@ng, barangan rumah serta empat buah kereta mewah milik usahawan sens@si, Datuk Seri Vida di Ipoh, Perak terpaksa disita.

Menurut laporan, Vida atau nama sebenarnya, Datuk Seri Hasmiza Othman, gag@l menjelaskan bayaran baki tungg@kan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.

Syarikat tersebut telah bekerjasama dengan Vida bagi melakukan pengubahsuaian banggunan pejabat usahawan itu yang terletak di Elite Industrial Park, Seksyen 33, Shah Alam.

Berikutan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah serta pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan sekita jam 9 pagi tadi di banglo milk usahawan itu.

Antara barangan yang disita adalah empat buah kereta iaitu dua buah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, menurut peguam plaintif, proses lelongan barangan yang disita akan dihentikan sekiranya Vida dapat membayar ganti rug1 dalam tempoh dua minggu.

"Tarikh lelongan sudah ditetapkan pada 9 Disember depan dan barangan yang disita merupakan keseluruhan barangan di rumahnya serta empat buah kereta," kata peguam.

Difahamkan, Vida tiada di kediamannya ketika proses sitaan dan usahawan itu dipercayai berada di China.

Menurut wakil syarikat Ah Design Communication, pihak mereka terpaksa mengambil tind@kan berikutan selepas beberapa kali cuba berbincang dan pernah berurusan dengan peguam namun tiada maklum bal@s.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: