25 November 2024

BARU DIDIAGNOS PUNYAI MASALAH JANTUNG - ISTERI SHUK SAHAR TAK SANGKA DIRINYA SEDANG HAMIL KETIKA BUAT X-RAY



"Tak tahu nak gembira ke apa sebab sebenarnya saya baru sahaja didiagnos mempunyai masalah jantung iaitu symptom brugada tahap satu sebab kerap pengsan.
"Memang selalu juga berulang alik hospital, tapi bila buat imbasan x-ray di perut tak sangka rupanya saya sedang hamil.

"Dah masuk bulan kedua usia kehamilan dan doktor kata tak boleh nak buat apa-apa sehingga bayi lahir."

Itulah kata isteri kepada pelawak sensasi, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh dimana dia memaklumkan, dirinya kini disahkan hamil anak pertama selepas didiagnos mempunyai masalah jantung.

Jelas Fara lagi, dia sepatutnya menjalani pembedahan jantung, namun doktor menasihatkan untuk tangguhkan kerana dia sedang hamil.

"Kalau tak saya sepatutnya perlu buat pembedahan jantung jika tidak kena masuk bateri. Jadi doktor terpaksa tangguhkan pembedahan ke atas saya kerana ia sangat berisiko untuk saya dan bayi.

"Buat masa ini fokus pada kesihatan bayi dan masukkan ILR untuk monitor jantung," ujarnya yang turut berkata, doktor juga sudah mencadangkannya untuk melahirkan anak secara pembedahan serta berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik untuknya dan juga bayi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: