27 November 2024
AL-FATIHAH - BAPA SHARNAAZ AHMAD DIJEMPUT ILAHI
"Hero saya menghembuskan nafas terakhirnya jam 1.40 pagi ini. Dia tidak pernah berputus asa untuk berjuang, namun jantungnya saja yang berhenti berdegup.
"Dia selamanya akan menjadi hero dan juara untuk saya. Saya sayang papa, Al-Fatihah papa. Terima kasih kerana menjadi bapa yang hebat kepada kita semua.
"Sebahagian diri saya kuat seperti anda. Separuhnya lagi sebagai ayah yang baik seperti anda. Sekarang, ajarkan saya untuk menjadi hebat seperti anda dari syurga tau."
Demiakian tulis pelakon Sharnaaz Ahmad, 39, yang memaklumkan berita sedih dimana bapanya iaitu Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad telah meninggal dunia pada jam 1.40 pagi, hari ini.
Menurut Sharnaaz menerusi hantaran video, jenazah bapanya yang dibawa pulang ke kampung halaman keluarga di Georgetown, Pulau Pinang dan disolatkan di Masjid Syed Eyusof, itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama selepas solat Asar.
Takziah diucapkan
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment