27 November 2024

"IBADAH WAJIB ITU ADALAH TIANG AGAMA... JANGAN PERTIK4IKAN..." - NORA DANISH PERCAYA DIANA DANIELLE MAMPU BERUBAH JADI LEBIH BAIK



"Saya rasa apa yang Diana Danielle cuba lakukan itu adalah perkara yang baik dengan memperbetulkan solat. Ibadah wajib itu adalah tiang agama yang paling utama sekali.
"Jangan mempertik@ikan benda kecil yang dilakukan itu sebab sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan hati siapa tahu boleh ubah dia jadi lebih baik.

"Dalam usaha memperbetulkan ibadah solat itu perlu memahami setiap bacaan, makna dengan khusyuk serta solat diawal waktu.

"InsyaAllah siapa tahu mungkin Diana boleh berubah lebih baik dari kita. Hati dan dalaman dia siapa yang tahu kan."

Ujar pelakon Nora Danish yang percaya pelakon Diana Danielle mampu untuk berubah atau berhijrah dengan mendalami agama Islam serta mengatakan siapa tahu seseorang itu boleh berubah lebih baik.

Sebelum ini, Nora bersetuju dengan kenyataan Diana yang mengatakan tidak perlu untuk merendahkan usaha seseorang individu yang ingin berubah ke arah lebih baik.

Dalam pada itu, Nora yang pernah melalui fasa tersebut, berharap agar orang ramai memberi sokongan kepada Diana serta mendoakan buat ibu kepada dua cahaya mata itu.

Terdahulu, Diana meluahkan rasa k£sal apabila menerima reaksi kurang senang netizen selepas memberitahu dia kini lebih selesa mendekatkan diri dengan Allah untuk mengadu segala kesedihan.

Diana turut mempersoalkan adakah dia tidak layak untuk menunaikan solat jika dirinya belum sempurna termasuk dalam menutup aurat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: