27 November 2024
"WALAUPUN (ISU ASET DISITA) MEMANG A1B... SAYA YAKIN DENGAN UJIAN INI ADA HIKMAH BESAR" - DATUK SERI VIDA
"Terima kasih kepada semua yang doakan saya, yang berikan kata semangat pada saya, yang sokong saya dari belakang, yang tak putus-putus doakan saya dan keluarga supaya sentiasa dilindungi, dirahmati dan semangatlah kepada saya.
"Sokongan kepada keluarga saya Cik B dan Kacak semua itulah. Alhamdulillah, Alhamdulillah dan atas ujian ini, atas kisah yang 'viral' pasal sita-sita ini, saya anggap sebagai ujian. Walaupun memang a1b, benda ini a1b, saya yakin dengan ujian ini ada hikmah besar.
"Kekayaan yang lebih besar, anugerah yang lebih besar Allah nak bagi. Subhanallah. Kebenaran akan terbukti, InsyaAllah."
Itulah ujar usahawan kosmetik sens@si, Datuk Seri Vida, 53, menerusi hantaran video di Instagram, dimana dia menyifatkan kisah 'viral' mengaitkan dirinya berkaitan sita ketika ini sebagai ujian Allah walaupun ia perkara yang menga1bkan.
Sebelum ini, Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman yang kini berada di Shanghai, China itu menjadi perhatian ramai apabila tular selepas didakwa gag@l menjelaskan bayaran baki tungg@kan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan sebanyak RM1,060,285 sejak 2018, untuk ubah suai bangunan kilang miliknya.
Selain itu, empat kereta mewah milik Vida iaitu dua buah Toyota Vellfire dan masing-masing sebuah Toyota Grand Hiace dan BMW X7, antara menjadi antara barangan yang disita, selain semua barangan berharga di dalam rumahnya di Meru, Ipoh.
Terdahulu, perintah penyitaan dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan dibuat pihak syarikat kontraktor pembinaan terbabit selaku plaintif.
Bagaimanapun, pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan pada jam 9 pagi semalam di kediaman Vida.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment