24 November 2024

ATAS USAHA JUJUR CARI REZEKI SARA KELUARGA SEBAGAI PEMANDU E-HAILING - DANNY X-FACTOR DIHADIAHKAN TUNAI UMRAH



"Saya sekadar nak kongsi berita gembira. Alhamdulillah... dengan isu viral sebelum ini, ada satu agensi pelancongan hadiahkan saya tunai umrah.

"Insya Allah... saya akan pergi pada Februari tahun depan. Inilah ganjaran terhadap usaha saya yang jujur cari rezeki sebagai pemandu e-hailing bagi menyara keluarga."
Demikian kata pelakon Danny X-Factor atau nama sebenarnya, Mohd Kardanie Anwa, 44, yang tergamam dan terkejut apabila menerima berita dimana dia mendapat tajaan menunaikan umrah dan ia dianggap sebagai hadiah teristimewa.

Menerusi video live malam tadi, Danny diumumkan ditaja oleh syarikat Mitra Kembara Sdn Bhd untuk menunaikan umrah pada Februari depan.

Ujar Danny lagi, Eksekutif Umrah syarikat ini iaitu Akmal Zaki Ahmad Fadli yang juga pernah menjadi pemandu e-hailing pada tahun 2017 itu mengakui tidak ramai yang sanggup melakukan pekerjaan tersebut.

"Saya dihubungi oleh Eksekutif Umrah syarikat ini, Akmal Zaki Ahmad Fadli baru-baru ini. Katanya dia pernah menjadi penumpang saya sewaktu mahu ke pejabat.

"Selepas beberapa minggu, dia ternampak di FYP (For Your Page) TikTok nya saya ditemubual oleh media yang bertanyakan tentang kerjaya saya pada masa sekarang.

"Kata Akmal, saya jawab yang saya jadi pemandu e-hailing dan dia merasakan cerita yang saya kongsi pada ketika itu sama jalan ceritanya seperti dilaluinya sebelum ini.

"Perkongsian itu bermain dalam fikirannya, jadi secara peribadi dia sendiri yang pilih saya bagi berkongsi rezeki untuk menunaikan umrah bersamanya.

"Buat masa ini saya hanya umrah tanpa keluarga. Insya-Allah ada rezeki saya akan bawa mereka pula selepas ini," ujar Danny yang mula bekerja sebagai pemandu e-hailing sejak 2017 bagi membantu aspek kewangan keluarganya dan tiada niat berhenti dari pekerjaan terbabit.

Jelasnya sebelum ini, dia enggan menjadi b£ban sehingga terpaksa meminta duit isterinya yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan, selain memikirkan jaminan simpanan pada masa depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: