17 November 2024

BEKAS ADIR IPAR AMBIL TIND4KAN SAM4N IQBAL ZULKEFLI RM5 JUTA?



"Kali ini saya nak bersuara sebab sudah penat dengan permainan bodoh ni. Selama ni saya sabar sebab ikut arus undang-undang seperti yang keluar daripada mulut dia (Iqbal Zulkefli).
"Saya sabar dengan segala tohmahan, fitnah, perkara tak betul yang dia lemparkan sehingga mencemarkan maruah saya. Nak tak nak kali ini dia kena jawab saman saya. Sila hadirkan diri di mahkamah kalau betul dia benar. Saya percaya saya benar. Saya tak keluarkan apa-apa bukti lagi."

Ujar bekas adik ipar usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli iaitu Ayunie dimana dia dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Iqbal sebanyak RM5 juta.

Berhubung itu, Ayunie atau nama sebenarnya, Anes Ayunie Osman, 22, menjelaskan, tindakan itu dibuat selepas Iqbal didakwa membuat tohmahan dan memfitnah sehingga mencemarkan maruah dirinya termasuk mengalami kerugian dalam perniagaan.

Selain itu, Ayunie yang juga seorang pempengaruh ini turut mendakwa Iqbal pernah menyatakan mahu menyaman dirinya, malah dia masih menunggu surat saman usahawan terbabit.

"Saya p£lik sebab sebelum ini dia kata nak saman, tapi sampai sekarang tak ada pun. Siap kata sudah lantik peguam. Tetapi, sudah berbulan lamanya saya tunggu tak sampai pun surat tuntutan ataupun mana-mana surat saman.

"Apabila saya hantar peguam untuk selesaikan hak saya selepas dia mencemarkan nama saya, dan dalam masa sama saya mahu mencari titik noktah, tapi dia jadikan perkara ini satu 'permainan' pula. Sehinggakan peguam dia cakap tidak lagi mewakili Iqbal.

"Apa yang dia cuba buat selama ini adakah untuk 'marketing' (pemasaran) saja? Puas hati tengok orang bergaduh? Sebelum ni saya dengan adiknya baik-baik saja," katanya yang mengusahakan produk Vitamilk.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: