17 November 2024
SELAMAT DIKEBUMIKAN - JASA ALLAHYARHAM S ATAN AKAN TERUS DIKENANG
Pada jam 11.07 pagi, hari ini, jenazah komposer, Allahyarham Datuk S Atan atau nama sebenarnya, Hashim Said, telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, di sini.
Upacara pengebumian Allahyarham berjalan lancar dengan dihadiri 300 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara, rakan selebriti dan juga peminat.
Antara selebriti yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Datuk M Nasir, Datuk DJ Dave, Jatt Ali, Liza Abdullah, Ziela Jalil, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Freddie Fernandez dan ramai lagi.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, jenazah S Atan dimandi dan disolatkan di Masjid Jamek Bandar Kajang selepas menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Bukit Kajang Baru, pada jam 3.53 petang semalam akib@t k0mplikasi jantung.
Antara lagu ciptaan Allahyarham S Atan diminati hingga kini ialah 'Tak Kenal Maka Tak Cinta', 'Pandang-Pandang Jeling-Jeling' dan lagu raya seperti 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf' (Sudirman), 'Balik Kampung' (Sudirman), 'Menjelang Hari Raya' (DJ Dave), 'Cahaya Aidilfitri' (Black Dog Bone), 'Salam Aidilfitri' (Jamal Abdillah) dan banyak lagi.
Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dengan enam orang anak dan 10 cucu, termasuk empat anak hasil perkahwinan terdahulu itu pernah melakar nama antara komposer terbaik negara dan jasanya akan terus dikenang sebagai legasi seni tanah air.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment