15 November 2024

"BEKAS ISTERI DAH JELASKAN SEMUA & SAYA KENA HORMATI KEPUTUSAN DIA UNTUK UMUMKAN (PERCERAIAN)" - JAY ISWAZIR



"Saya tak tahu lagi apa perancangan seterusnya. Keputusan (bercerai) ini kami ambil selepas berfikir panjang jugalah dan bagi saya ia untuk kebaikan kedua-dua pihak.
"Bekas isteri dah jelaskan semua dan saya kena hormati keputusan dia untuk umumkan. Selebihnya saya tak nak komen apa-apa kecuali mohon semua mendoakan yang terbaik untuk kami berdua.

"Itu saja. Dari segi nafkah dalam tempoh edah, itu saya akan tunaikan sebab itu hukvm. Jadi, saya kena buatlah benda itu. Insya-Allah dengan rezeki Allah bagi saya akan sempurnakan."

Demikian ujar pelakon Jay Iswazir, 42, dimana dia menghormati keputusan bekas isterinya, Azzahra Ahmad yang mengumumkan berita perceraian mereka, baru-baru ini.

Jay yang dikenali menerusi drama 'Insan Terpilih', sebelum ini berdiam diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perceraiannya itu, namun kini tampil mengesahkan kebenaran berita ini serta berkata, kedua-dua mereka kini dalam tempoh bertenang.

"Memang tak sangka pula kisah kami pun tersenarai. Tengah viral sekarang musim artis bercerai. Apa yang saya fikir ini adalah ketentuan. Bukan saya lepas tangan ataupun memudahkan mulut mengatakan ini ketentuan.

"Kami berdua berusaha dan saya percaya tak ada siapa pun mahukan perpisahan. Cuma yang ini terjadi dan alhamdulillah...saya dengan dia masih lagi berbaik dan kami mencari ruang masing-masinglah sekarang ini.

"Tak dinafikan dengan isu tr£nd cerai ini secara tak langsung nama saya semakin dikenali tapi saya tak rasa bangga dengan itu. Benda ini kalau boleh semua orang nak elak. Ia ketentuan dan saya kena tabah hadapinya," tambahnya lagi.

Terdahulu, pada 24 November lalu, menerusi Instagram, Azzahra yang juga pelakon itu memaklumkan perkahwinannya dengan Jay selama dua tahun ini sudah berakhir.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: