15 November 2024
SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK - HAFIZ SUIP AKUI HAMPIR TAK SERTAI DEK KINI MENETAP DI KUCHING, JAGA IBU YANG KINI S4KIT
"Saya kini menetap di Kuching dan terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak-anak buat seketika. Kenapa saya tinggal di sana adalah untuk menjaga ibu bapa saya.
"Kalau ikutkan sekarang ini ibu saya sedang dirawat di hospital kerana mengalami masalah paru-paru berair yang memberi kesan kepada jantungnya.
"Setakat ini perkembangan yang saya terima daripada doktor memberitahu tiga daripada empat injap jantungnya kurang berfungsi. Selain itu, ibu juga ada masalah kencing manis, jadi sebab itulah saya ambil keputusan untuk menetap di Kuching."
Itulah jelas Hafiz Suip, 34, dimana penyanyi itu memaklumkan, dia kini menetap di Kuching, Sarawak kerana perlu menjaga ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya iaitu Halizawati Salleh, 60, yang kini berdepan mas@lah kesihatan dan sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuching.
Dalam pada itu, Hafiz berkata, dia sebenarnya agak keberatan untuk ke Kuala Lumpur untuk beraksi di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39 (SFMM39) malam tadi, namun ibunya sendiri meminta supaya dia tidak menghampakan peminat.
"Kalau diikutkan berat rasa nak ke Kuala Lumpur tapi saya ingat pesan mak minta saya buat persembahan pada malam ini (semalam) untuk tidak kec£wakan peminat.
"Ibu saya doakan yang terbaik untuk membabitkan saya dalam SFMM39 ini. Dialah yang memberi dorongan untuk saya meneruskan persembahan pada malam ini," tutur Hafiz yang memberitahu, sokongan yang diterima daripada ibunya itu menjadi penguat untuk dia terus beraksi di pentas tersebut.
Dalam pada itu, Hafiz yang mempersembahkan nyanyian lagu 'Terus Bersinar' ciptaan Mass Dewangga, Jova Devito dan Datuk Arisz Ab Rahman di SFMM39 ini memohon orang ramai mendoakan ibu bapanya terus dikurniakan kesihatan yang baik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment