07 November 2024

"BUKAN UNTUK MENAGIH SIMPATI, TAPI INI SAYA BUAT UNTUK IBU" - NING BAIZURA 'HADIAHKAN' GV11 BUAT IBU YANG HIDAP DIM£NSIA



"Rasa sebak sebab dia mungkin tak ingat bila kali terakhir saya buat persembahan di TV, jadi inilah hadiah terbaik untuk saya beri kepada dia. Ibu saya sudah berusia dengan penyakit dimensia dialaminya. Saya rasa ini adalah waktu terbaik untuk lihat anaknya keluar TV.
"Ibu saya sudah sakit tiga tahun. Dia cergas, tapi saya sedih sebagai anak. Saya sebagai anak mampu memberinya kenangan terindah. Ini adalah diantara kenangan terindah yang saya berikan kepada dia supaya tidak lupa dan boleh lihat persembahan anaknya sekali lagi. Dulu, dia juga adalah pengurus saya."

Demikian kata penyanyi Ning Baizura, 49, dimana dia menjelaskan, penyertaannya dalam Gegar Vaganza 11 (GV11) adalah sebagai 'hadiah' buat ibunya, Satilah Abdullah, 81, yang kini menghidap dimensia sejak tiga tahun lalu dan kadangkala lupa akan memori-memorinya.

Ujar penyanyi lagu 'Awan Yang Terpilu' ini lagi, dia mahu ibunya itu melihat anaknya beraksi di TV selepas sekian lama tidak muncul membuat persembahan untuk program TV.

Klik untuk gambar besar
"Bukan untuk menagih simpati, tapi ini saya buat untuk ibu. Untuk ibu melihat sekali lagi saya keluar TV. Ulang tahun kelahiran ibu jatuh pada 1 Disember.

"Kalaulah saya masih kekal, dia mahu datang untuk menonton persembahan saya. Mungkin dia tak tahu perasaan saya, tapi untuk orang di luar sana harus faham mengapa saya memilih jalan ini.

"Saya mahu memberikan yang terbaik kerana dia yang bertanggungjawab menjadikan saya begini," tutur Ning yang mempunyai seorang cahaya mata lelaki itu.

Ning bakal beraksi di pentas GV11 bermula 24 Disember ini di samping 13 peserta lain iaitu Liza Aziz, Illa Sabri, Sheila Abdull, Ronnie Hussein, Fairuz Selamat, Arrora Salwa, Yazif Lovehunters, Zehra Zambri, The Lima, Inka Christie serta vokalis kumpulan Indonesia, Dadali iaitu Dyrga.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: