07 November 2024

"DAPATKAN JURULATIH VOKAL, DIA TONE DEAF" - RASHIDI ISHAK KATA FAZURA BOLEH NYANYI KALAU BERLATIH



"Saya melihat nyanyian Fazura dalam sebuah rancangan di Jakarta. Pengurus Fazura perlu memberitahunya untuk mendapatkan jurulatih vokal. Dia tone deaf."
"Nyanyian boleh dipelajari. Nyanyian hebat memerlukan masa untuk berlatih. Tanya mana-mana penyanyi. Jaclyn Victor berkata semasa dia masih muda dia berlatih menyanyi lapan jam sehari atau sebagainya.

"Jadi saya yakin Fazura boleh. Sama ada dia mahu atau tidak, itu terpulang padanya," ujar pelakon Rashidi Ishak yang turut tampil memberi respon terhadap nyanyian pelakon Nur Fazura di sebuah program di Indonesia mendapat perhatian ramai.

Rashidi yang berkongsi perkara itu menerusi muat naik di Threads, mencadangkan pengurus Fazura perlu memberitahu pelakon itu untuk mendapatkan guru vokal bagi memperbaiki nyanyiannya.

Ujar Rashidi lagi, genre balada bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi alunan lenggok Melayu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: